suria

Sasha Saidin sebak tengok semangat patriotik pengundi Malaysia di luar negara

Sasha teruja mengundi di Dubai sempena PRU15.

JAUH di perantauan tidak menghalang bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin untuk mengundi secara pos bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sasha, 46, memaklumkan kertas undinya sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas mengundi secara pos di Dubai pada Khamis lalu.

"Alhamdulillah, kertas undi kami daripada SPR dan sampai dan kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia," katanya.

Sasha berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Khamis.

Sasha teruja mengundi di Dubai.

Dalam pada itu, Sasha turut melahirkan penghargaan buat sukarelawan membantu memudahkan urusan rakyat Malaysia di Dubai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Kongsinya, meskipun terpaksa melalui proses yang panjang untuk memastikan kertas undi dihantar tepat pada waktunya, namun berbangga dapat menjadi sebahagian daripada masa depan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tinggal berjauhan, akhirnya hasrat Sasha Saidin bawa anak ke Dubai tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Sasha Saidin alami alahan ringan selepas suntikan kedua vaksin Covid-19 - “Saya berasa letih dan mengantuk... suami pula sakit kepala”

"Proses yang panjang untuk daftar dalam talian agar kertas undi kami dihantar melalui kurier sesuai mengikut masa yang tepat dan akhirnya tia juga.

"Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada masa depan negara," ujarnya.

Sementara itu, Sasha berkata, dia sebak melihat semangat patriotik yang membara dalam kalangan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

315799150_714529480016037_8690303196566688930_n

Sasha teruja laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Semangat patriotik itu masih membara dan sejujurnya membuatkan saya sebak lihat semua orang bekerjasama atas nama tanah air tercinta.

"Sekarang apa yang tinggal adalah keputusan undi," kongsinya.

Untuk rekod, Sasha berhijrah ke Dubai selepas mendirikan rumah tangga dengan Sirhan Wahab pada 20 Januari 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain