suria

Tertidur tanpa ‘end live’, netizen terhibur dengar Sajat berdengkur... “Bunyi macam enjin turbo”

Rakaman Sajat tidur sambil berdengkur tular di media sosial.

SEMENJAK berhijrah ke Australia, usahawan sensasi Nur Sajat sering membuat video siaran langsung di laman sosial miliknya sebagai medium berhubung dengan pengikut setia di Malaysia.

Gelajatnya bukan sahaja mengundang kontroversi dan kemarahan netizen tetapi adakalanya perkongsian yang dibuat mengundang hilai tawa sehingga ada memintanya menyertai pertandingan Maharaja Lawak.

Terbaharu, Sajat, 37, sekali lagi 'buat hal' apabila aksinya sedang nyenyak tidur sambil berdengkur tular di TikTok.

Ia semua gara-gara, usahawan itu terlupa mengakhiri video secara langsung yang dibuat sebelum tertidur dan aksinya itu berjaya dirakam pengguna laman sosial berkenaan sebelum ia menjadi tular.

sajat 2

Lebih 3,000 orang menonton Sajat tidur.

Menerusi paparan skrin video itu, hampir 3,000 pengikutnya menonton Sajat yang sedang nyenyak tidur sambil berselimut.

Sebelum terlelap, Sajat ada memaklumkan dia berasa mengantuk tetapi tidak mahu mengakhiri sesi live berkenaan tapi sebaliknya yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbang ke Singapura, Sajat tahan sebak bakal jumpa anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat tunjuk ‘bunga silat’ elak dicekup polis, siap samakan diri dengan Mat Kilau! Netizen terhibur suruh masuk Maharaja Lawak

Menerusi ruangan komen pada video tersebut, pengikutnya cuba untuk membantu mengejutkan Sajat tetapi tiada apa boleh dilakukan dan usahawan itu terpaksa 'hadap' kecaman netizen gara-gara tidur berdengkur.

Ramai berasa terhibur dengan dengkuran Sajat sehingga ada menyifatkan bunyi dikeluarkan seperti enjin turbo.

Ada pula menyamakan dengkurannya sama seperti suami mereka dan ia turut membuktikan usahawan itu seorang lelaki tulen.

"Inilah namanya tidur pun boleh buat duit.

Komen 2

Antara komen mencuit hati netizen.

"Seriau dengar pakai headphone... dengkur dia bunyi macam suami saya.

"Sama macam laki aku jer... laki aku Sajat ke?," komen netizen.

Meskipun mendapat pelbagai usikan daripada netizen namun masih ada memuji usahawan itu yang disifatkan masih 'maintain' jelita meskipun berdengkur.

"3,000 orang tengok dia dengkur secara live!

"Bukan main kuat dengkur tapi tetap maintain ayu... kalau aku mulut dah ternganga ni!

Sementara itu, semakan mStar di Instastory Sajat mendapati dia turut mengulang siar sedutan video berkenaan dan mengucapkan terima kasih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain