suria

Kejayaan Rockin' On Rooftop, Search bawa konsep sama di Pulau Pinang dan Johor Bahru

Search bakal menemui peminat di Pulau Pinang dan Johor Bharu.

SELEPAS kejayaan konsert Search Rockin’ On Rooftop di bumbung Kompleks Campell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu, kumpulan rock ini bakal meneruskan jelajahnya di Pulau Pinang dan Johor Bharu.

Kid atau Hamzah Mohd Taib, 54, selaku gitaris kumpulan Search berkata, konsert yang bakal dianjurkan di dua negeri itu akan ditambah baik daripada segi produksi dan pemilihan lagu.

"Kali ini di Pulau Pinang dan Johor Bahru, kami akan membuat penambahan baik daripada keseluruhan produksi seperti sistem bunyi.

"Kami harap peminat datanglah beramai-ramai untuk memberikan sokongan. Insya Allah kami akan berikan persembahan yang lebih baik," katanya kepada mStar.

search2

Kid ketika ditemui di sidang media pada Khamis.

Kid ditemui ketika sidang media konsert Search di Pulau Pinang dan Johor Bharu yang diadakan di Hotel Grand Campbell, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, kumpulan rock ini bukan sahaja menerima tawaran mengadakan konsert di dalam negara, tetapi juga di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Lirik lagu ‘Isabella’ pernah beberapa kali ditolak... Amy Search imbau kenangan bersama Bob Lokman

ARTIKEL BERKAITAN: Dua konsert Search berjaya, Afjets tuntut saman RM500,000 dibayar

Difahamkan, Search bakal menganjurkan konsert di Bandung, Indonesia pada Februari tahun depan.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan, Insya Allah kami akan ke sana pada awal tahun depan," ujarnya.

search1

Search bakal membawakan lebih 20 lagu pada konsert akan datang.

Untuk info, dua konsert selepas ini iaitu Rockin; Arena akan diadakan di Penang Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang pada 24 Disember ini pukul 9 malam.

Manakala, Rockin’ On Rooftop di bumbung pusat beli-belah AEON Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bharu bakal diadakan pada 28 Januari tahun depan pukul 9 malam.

Harga tiket yang ditawarkan ialah RM268 dan RM148 dan dijangka mula dijual pada minggu depan.

Untuk pembelian dalam talian boleh ke www.fenomenasearch.com dan untuk pembelian secara fizikal boleh ke kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain