suria

Berjaya tamat pengajian dengan keputusan cemerlang, Ayu Damit terkejut suami kota janji beri hadiah telefon dan jam tangan

Suami tunaikan jadi beri hadiah buat Ayu.

KEJAYAAN menamatkan pengajian asasi dalam bidang seni kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) degnan keputusan cemerlang telah membawa tuah kepada penyanyi Ayu Damit.

Ayu atau Norayu Damit, 33, memberitahu suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin mengotakan janji yang dibuat dengan menghadiahkan sebuah telefon pintar iPhone 13 Promax serta Apple Watch yang keseluruhan dianggarkan berharga RM8,000.

"Dia (suami) memang dah cakap akan beri hadiah kalau saya berjaya tamatkan pengajian asasi dalam masa ditetapkan. Tak sangka dia masih ingat dan tunaikan janji.

Ayu terkejut dapat kejutan daripada suami.

Ayu terkejut dapat kejutan daripada suami.

"Ketika membeli telefon berkenaan, kami keluar bersama anak-anak, tiba-tiba dia ajak masuk kedai telefon dan minta pilih.

"Sebenarnya boleh sahaja tunggu edisi iPhone terbaharu yang akan keluar tak lam lagi, tetapi saya teruja apatah lagi suami mengotakan janjinya," katanya kepada mStar.

Ayu bukan sahaja berjaya menamatkan tempoh pengajian dalam masa setahun tetapi mendapat keputusan cemerlang dan bakal menyambung ke peringat sarjana muda dalam bidang vokal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan setakat ketat, rupa-rupanya Ayu Damit pakai seluar koyak! Terpaksa sorok takut orang nampak

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa tergamak pakai macam tu?” - Netizen pula rasa malu tengok Ayu Damit berseluar ketat, tak selari imej bertudung

Meneruskan impian menggengam segulung ijazah, Ayu berkata dia sedar perlu membahagikan masa sebaik mungkin apatah lagi dia turut sibuk dengan perniagaan serta persembahan pentas.

"Sekarang ini saya hanya tunggu tarikh untuk mendaftar masuk ke peringkat ijazah sarjana muda. Harap semua berjalan lancar dan berjaya mendapatkan sijil dalam tempoh tiga tahun.

Sebenarnya boleh sahaja tunggu edisi iPhone terbaharu yang akan keluar tak lam lagi, tetapi saya teruja apatah lagi suami mengotakan janjinya

AYU DAMIT

PENYANYI

"Dekan pun dah 'warning' untuk saya bahagikan masa sebaik mungkin malah suami pun banyak nasihat untuk fokus kepada pelajaran," katanya.

Bakal menghadiri kelas secara fizikal, Ayu sedar cabaran bergelar pelajar bukan mudah namun akan memberi fokus kepada pelajaran berbanding bidang nyayian sepanjang tempoh itu.

Ayu tak fikir perlahakan kerjaya seni sepanjang pengajian sarjana muda nanti.

Ayu tak fikir perlahakan kerjaya seni sepanjang pengajian sarjana muda nanti.

"Nak perlahankan karier memang susah sebab ini adalah kerjaya saya, cumanya perlu bijak menguruskan jadual kerja, tanggungjawab di rumah serta pelajaran.

"Saya akan lebih memilih tawaran dan bersesuaian dengan jadual di kampus agar tidak menggangu kuliah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain