suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbit drama ‘Cinderella’ dan ‘Cinta Antara Benua’, Mohd Noor Kadir meninggal dunia

Mohd Noor Kadir meninggal dunia pada usia 69 tahun.

PENERBIT dan pengarah Mohd Noor Kadir meninggal dunia kira-kira pukul 1.57 pagi Jumaat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan Allahyarham, 69 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi penyakit jantung yang dialaminya sebelum ini.

BH Online melaporkan berita pemergian Mohd Noor disahkan oleh rakan baiknya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam.

Yusof memberitahu Allahyarham pernah menjalani pembedahan jantung bulan lalu namun kembali dimasukkan ke hospital selepas jantungnya mengalami bengkak selain beberapa komplikasi lain.

Mohd Noor yang juga pengarah urusan Kuasatek Pictures Sdn Bh dcukup terkenal dengan pelbagai drama rantaian di TV3 seperti Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo& Juliet, Salam Taj Mahal dan Cinta Korporat.

Apa membuatkan drama terbitannya dinantikan penonton, kebanyakan karyanya diterbitkan di lokasi luar negara seperti London, New Zealand dan India.

Jenazah kini berada di kediamannya di Cemerlang Heights, Kuala Lumpur dan akan dibawa ke Madrasah Iktisamiah Taman Melati untuk urusan mandi jenazah dan solat jenazah pada pukul 8 pagi.

Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selasih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain