suria

Masalah datang bertimpa-timpa, Tajul syukur isteri sentiasa di sisi

.

TINDAKAN penyanyi Tajul memuat naik sebuah video di TikTok yang seakan-akan memberi bayangan dirinya sedang dilanda masalah berat menarik perhatian peminat yang bimbangkan dirinya.

Pun begitu kata Tajul atau Tajul Arif Noor Md Shari, masalah yang dihadapinya bukan sesuatu yang boleh dikongsi kepada umum apatah lagi ia sensitif dan melibatkan banyak pihak.

"Biasalah kadangkala manusia ini diuji dengan bermacam-macam perkara. Tetapi berat saya rasa apabila dugaan itu datang bertimpa-timpa.

255927611_575229230218859_8819017627986907081_n

Tajul berterima kasih kepada isteri kerana memahami keadaan dirinya.

"Masalah yang berlaku agak sensitif dan bukan sesuatu boleh dikongsikan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Tajul yang popular dengan lagu Tragedi Cinta berkata, meskipun dilanda beberapa masalah namun dia masih mampu mengharungi semua dugaan melanda hidupnya ketika ini.

Kata Tajul, tahap kesihatan mental dan emosinya juga masih kuat apatah lagi sentiasa mempunyai sokongan isteri disampingnya.

281861715_1178904815987305_3421313198404984870_n

Tajul bersama isteri dan dua anaknya.

"Sejujurnya saya berada dalam keadaan baik dan tiada yang perlu dibimbangkan.

"Saya bersyukur dikurniakan isteri yang sangat memahami kerana ujian yang datang begitu berat untuk diselesaikan," jelasnya.

Tajul berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie kira-kira empat tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata Adriana Carisa serta Adrian Rifqy.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Tajul Ariff kini berhijab, padam foto lama tak tutup aurat - “Saya tak pernah rasa tenang macam ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul terlibat kemalangan, kereta berpusing 3 kali sebelum terbabas... Tiba-tiba terbayang arwah Achik Spin

Dalam perkembangan lain, Tajul berkata, dia bersyukur lagu duet bersama Afieq Shazwan berjudul Malam Semakin Dingin mendapat sambutan baik dalam kalangan pendengar.

Namun, berat saya rasa bila dugaan itu datang bertimpa-timpa. Masalah yang berlaku terlalu peribadi untuk saya kongsi. Maaf ya.

TAJUL

PENYANYI

Berikutan itu, dia kembali bekerjasama dengan Afieq selain Haqiem Rusli dan Zack Zakwan dan merakamkan semula lagu Mengusung Rindu.

"Rakaman lagu sudah dibuat dan kami sedang dalam proses rakaman muzik video. Insya Allah lagu tersebut akan dlancarkan pada Ogos atau September depan," katanya.

Lagu Mengusung Rindu nyanyian asal kumpulan Spin daripada album pertama mereka pada 1999.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tajul Arif, TikTok Tajul, hiburan,

Artikel Lain