suria

Diana Danielle teruja kolaborasi dengan Calum Scott... Akui lirik terlalu mendalam hingga menitis air mata teringat anak perempuan

Diana Danielle bersama anak perempuannya iaitu Nur Aurora yang kini berusia 6 tahun.

TAMPIL kolaborasi dengan penyanyi antarabangsa Calum Scott menerusi lagu Heaven, penyanyi dan pelakon Diana Danielle memberitahu single berkenaan mempunyai kaitan dengan perjalanan hidupnya.

Diana, 31, berkata lagu itu mempunyai maksud yang sangat mendalam hingga membuatkan dia mengalirkan air mata kerana teringatkan anak perempuannya iaitu Nur Aurora.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa bersalah terhadap anak-anak, Diana Danielle akan perlahankan kerjaya lakonan - “Saya korbankan banyak benda tahun ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bimbang anak ‘terjun’ dunia glamor

"Saya akan ulang lagu ini berkali-kali dan menangis kerana teringat akan anak perempuan saya. Anak perempuan saya merupakan syurga dunia bagi saya.

"Bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu ini dapat mengaitkan memori terhadap anak perempuan saya.

Saya akan ulang lagu ini berkali-kali dan menangis kerana teringat akan anak perempuan saya. Anak perempuan saya merupakan syurga dunia bagi saya

DIANA DANIELLE

PELAKON/PENYANYI

"Lagu ini juga menunjukkan bahawa kita semua berkongsi langit yang sama walau apa jua yang kita lakukan dalam hidup ini," katanya kepada mStar.

Isteri kepada pelakon Farid Kamil ini berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran lagu itu yang diadakan secara atas talian, baru-baru ini.

Penyanyi Britain itu memberikan nafas baru pada lagunya dengan berkolaborasi bersama beberapa artis berbakat dari Asia Tenggara.

Antara pemuzik yang berkolaborasi dengan Calum ialah Darren Espanto dari Filipina, Diana Danielle dari Malaysia, Hoang Duyen dari Vietnam, dan Lyodra dari Indonesia.

Mereka tampil memberikan sentuhan berbeza pada lagu Heaven, namun tetap mengetengahkan intipati dan maksud karya berkenaan.

Untuk versi kolaborasi bersama Diana Danielle, ia bakal dilancarkan pada Khamis ini.

Diana Danielle bakal melancarkan lagu baru yang berkolaborasi bersama Calum Scott.

Diana Danielle bakal melancarkan lagu baru yang berkolaborasi bersama Calum Scott.

Berkongsi mengenai kolaborasi sulung ini, Diana berkata ia bermula dengan suka-suka apabila dia memuat naik video duet bersama Calum menerusi aplikasi TikTok.

"Peluang ini bagai bulan jatuh ke riba dan saya berasa sangat beruntung menjadi sebahagian daripada projek ini. Saya merupakan peminat Calum sejak dari dulu lagi dan tidak pernah menjangka perkara sebegini akan terjadi.

"Pihak Calum menghubungi saya dan memaklumkan untuk mengadakan kolaborasi ini atas permintaan peminat. Jadi saya tidak ragu-ragu untuk menerima peluang keemasan ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, Calum pula berkata dia sangat seronok menjayakan kolaborasi bersama penyanyi dari empat negara bagi meluaskan lagi muziknya di negara Asia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain