suria

Tak malu mengaku hanya lulusan SPM, Ayu Raudhah cabar diri masuk bidang perniagaan

Ayu kini aktif dalam dunia perniagaan dan menjadi duta pakaian wanita jenama byLR.

SUATU ketika dahulu nama Ayu Raudhah pernah rancak menghangatkan dunia lakonan, namun aktres itu memilih untuk memperlahankan karier seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 itu mengakui sehingga kini dia masih menyimpan perasaan rindu terhadap dunia lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya saya mengandung lagi!” - Bersalin anak keempat tahun lalu, Ayu Raudhah umum hamil cahaya mata kelima

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan saya seorang saja yang perasan!” - Ayu Raudhah setuju penampilan Zaquan Adha mirip Shah Rukh Khan

Masih menerima tawaran, pelakon berusia 37 tahun ini tetap mahu mengutamakan lima anaknya iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel (10 bulan).

Ayu 2

Ayu bersama suami dan lima orang anak mereka.

"Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di TV, lagi menebal kerinduan.

"Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba.

"Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.

"Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata," kata Ayu kepada mStar.

Ayu yang kini duta pakaian wanita jenama byLR bersama suaminya, Mohd Zaquan Adha ditemui ketika sesi santai bersama media di Serai@Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.

AYU RAUDHAH

PELAKON

Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian perempuan dan lelaki serta tudung.

Pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menjadi pelajaran paling bernilai.

Ayu 1

Anak perempuan Ayu turut menjadi model untuk pakaian wanita jenama byLR.

"Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun.

"Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga. Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri.

"Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu. Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan," kata Ayu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain