suria

Harga barang naik, Azhan Rani ajak orang ramai viralkan peniaga yang kekal harga lama

Azhan sekadar memberi pandangan mengenai isu peniaga naikkan harga makanan di bazar Ramadan.

ISU peniaga terpaksa menaikkan sedikit harga makanan bagi menampung modal menarik perhatian pelakon Azhan Rani yang turut memberi pandangan mengenai perkara tersebut.

Menganggap ia satu ujian kecil di bulan Ramadan, Azhan, atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, yakin peniaga mempunyai sebab menaikkan harga selain mempercayai kuasa beli di tangan pembeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani ingat detik kemalangan, rupa-rupanya 2 remaja naik motor kapcai jadi punca

Malah pelakon berusia 46 tahun ini berkata, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada membeli atau berjimat dengan cara masak sendiri di rumah.

Azhan 1

Azhan anggap kuasa membeli masih di tangan pembeli.

"Anggap saja ujian kecil Ramadan. Yang berniaga pasti ada sebab kenapa perlu naikkan harga. Menteri-menteri pun ada keluar kenyataan katanya payah nak kawal harga naik. Itu yang aku baca la semalam.

"Namun aku percaya kuasa beli masih pada pembeli. Ada orang yang memang terpaksa membeli. Ada pula yang jenis sekadar nak meraikan hak kebebasan buat ramai kat bazar Ramadan setelah dua tahun terikat dengan segala SOP musim pandemik.

"Boleh saja tak beria membeli. Ada saja jalan berjimat, masak sendiri ke, hantar mangkuk tingkat kosong rumah girlfriend ke. Ikhtiar hidup tu banyak," kata Azhan.

Tapi aku rasa kuasa viral ni kadang-kadang boleh juga membantu.

AZHAN RANI

PELAKON

Pelakon yang popular menerusi drama Nur itu berkongsi pandangannya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya itu malah segelintir peniaga juga berkongsi pengalaman mereka yang masih meletakkan harga makanan yang sama seperti tahun-tahun sebelum.

Dalam pada itu, Azhan berharap semua orang menggunakan kuasa viral dengan betul agar peniaga yang masih bertahan dengan harga lama dapat menjadi tumpuan.

Azhan 2

Azhan harap rakyat dapat zahirkan slogan #kitajagakita.

"Tapi aku rasa kuasa viral ni kadang-kadang boleh juga membantu. Aku percaya masih ada peniaga walaupun tak ramai tapi masih bertahan dengan harga lama dan prihatin rakyat.

"Kalau korang jumpa apa kata cuba kuasa viral tu. Kongsikan dengan orang ramai. Bila tempat-tempat macam tu jadi tumpuan manala tahu peniaga lain pun boleh ikut sama beri harga munasabah semula.

"Kita pernah laungkan #kitajagakita dulu. Tok sah (tak payah) tuding-tuding jari dah. Apa kata kita sama-sama zahirkan slogan tu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain