suria

Mawi dicium peminat wanita! Berani lintas garisan pengawal gara-gara nak ucap “I love you”

Mawi kongsi pengalaman suka duka menjadi selebriti dalam buku autobiografi.

MOMEN dicium seorang wanita ketika mengadakan persembahan di Johor Bahru suatu ketika dahulu masih kekal dalam ingatakan bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi.

Akui terkejut dengan situasi itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 40, berkata pengalaman berkenaan mengajarnya untuk mengenal dunia seni sejak mencetuskan gelombang 'Tsumawi' setelah menjuarai rancangan realiti itu pada 2005.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri ‘kehilangan’ Mawi terungkai... Rupa-rupanya alami gangguan mistik, mulut keluar darah, lendir busuk dan hilang ingatan

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi bukukan kisah suka duka bergelar bintang popular, harap dapat jadi sumber inspirasi

"Ketika saya buat show dekat JB, ada seorang makcik berbangsa India terlepas masuk ke kawasan pengawal.

Mawi 1

Dari kiri; Oja (penyanyi), Dr Maszlee Malik, Mawi dan Sir El (pengarang)

"Dia datang depan saya, tarik kepala saya dan cium beberapa kali di bahagian dahi. Tak henti dia cakap 'I love you Mawi'. Memang saya tergamam," katanya kepada mStar.

Kejadian itu merupakan antara pengalaman yang diceritakan Mawi menerusi buku autobiografi berjudul Mawi Dalam Lautan Manusia hasil tulisannya sendiri.

Majlis pelancaran buku berkenaan berlangsung di Street Mall Opposite Bangi Getaway, Bandar Baru Bangi pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, penyanyi Oja dan pengarang buku, Sir El.

Bagi saya, pengalaman ini perlu dikongsikan sebelum saya tiada.

MAWI

PENYANYI

Bercerita lanjut tentang autobiografi berkenaan, Mawi berkata perkongsiannya juga boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin menjadi selebriti.

"Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Saya yang tulis sendiri sebab merasakan perlu kongsi pengalaman itu. Sesiapa yang mahu jadi selebriti... ia boleh dijadikan sebagai persediaan.

"Ia mengisahkan tentang pengalaman saya menjadi selebriti selepas bergelar juara AF. Bagi saya, pengalaman ini perlu dikongsikan sebelum saya tiada," katanya.

Mawi 2

Mawi tidak pernah mahukan populariti.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini mengakui dia tidak pernah mengejar populariti namun keinginannya menyertai program realiti disebabkan ingin menjadi penyampai radio.

"Saya tak pernah nak populariti ini, tak pernah mahukan. Dulu saya masuk AF sebab ada peserta AF yang berjaya jadi DJ radio. Masa itu, Adi Fashla, Burn dan Nana.

"Mereka berpeluang jadi DJ Radio selepas habis AF. Sebelum masuk AF memang buat kerja deejay orang kahwin di kampung.

"Sambil jadi deejay, saya menyanyi juga. Saya juga ada pengalaman jadi deejay di pasaraya di Subang Jaya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain