suria

Jantina anak masih samar-samar, Ayie Floor88 mahu jadikan kejutan

Usia kandungan isteri Ayie kini sudah mencecah empat bulan.

SUDAH mencecah empat bulan usia kandungan isteri, vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham berkata mereka masih belum mengetahui jantina bayi.

Bagaimanapun Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah memilih untuk menjadikan jantina anak satu kejutan buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hampir menangis mengidam nak makan kuih raya tengah malam, Ayie Floor88 gagahkan diri cari sampai dapat

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli kumpulan Floor88 dapat durian runtuh! Terkejut ada pihak ‘sponsor’ tunai umrah, tolak banyak ‘job’ hiburan

Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, dia hanya mahu mengetahui sama ada bayi perempuan atau lelaki ketika usia kandungan mencecah lapan bulan.

Ayie 1

Ayie mahu jantina bayinya menjadi kejutan.

"Buat masa ini, kami masih tidak tahu lagi jantina bayi kami sebab dah lakukan pemeriksaan pun masih samar-samar.

"Ikutkan saya nak baby boy dan isteri pula nak baby girl tapi saya memang tak nak tahu pun jantina anak saya sebab nak biarkan ia jadi satu kejutan.

"Bila usia kandungan dah masuk lapan bulan baru saya nak tahu. Baju pun kami beli yang sesuai untuk dipakai lelaki atau perempuan," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Hutang itu berkongsi perkara tersebut ketika sidang media Konsert Eighty8 Infinity yang diadakan baru-baru ini.

Baju pun kami beli yang sesuai untuk dipakai lelaki atau perempuan.

AYIE ELHAM

PENYANYI

Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Tasha Awie pada 20 Oktober tahun lalu dan pasangan itu bakal menimang cahaya mata pertama yang dijangka pada Oktober depan.

Berkongsi mengenai konsert sulung Floor 88, Ayie memberitahu ia diadakan khas buat semua peminat tidak kira usia.

"Kita tahu, ramai peminat kami masih bersekolah dan kami pun selidik juga peminat di laman sosial kebanyakkannya usia dalam 25 hingga 50 tahun.

floor88

Kumpulan Floor 88 akan adakan konsert pertama pada 27 Mac depan.

"Jadi, kami buat konsert ini pun untuk tarik semua orang tak kira usia. Kanak-kanak, orang dewasa atau orang tua, kita ajak ramai-ramai.

"Untuk tiket pun bagi kami, ia berpatutan. Mula-mula memang nak letak tinggi sikit tapi memikirkan waktu sekarang ini tak sesuai," ujarnya.

Konsert tersebut akan diadakan pada 27 Mac depan di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain