suria

[VIDEO] Dah serik kena kecam, Aisar Khaled nak kurangkan kontroversi... Mahu fokus jadi pelakon pula

ENGGAN lagi terpalit dengan kontroversi, influencer Aisar Khaled berazam menjadi lebih matang dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sesuatu content di media sosial.

Menurut Aisar, 22, pengalaman lalu mengajarnya untuk menjadi lebih peka dengan persekitaran dan tidak melakukan sesuatu tindakan yang hanya akan memberi kesan buruk kepada karier seninya yang baru bermula.

"Semua content sebelum ini adalah atas kesilapan saya sendiri, saya banyak belajar dari pengalaman. Saya jadikan hidup ini sebagai pengajaran untuk tidak buat lagi kesilapan sama dan jadi lebih matang untuk masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam solat atas jalan, Aisar Khaled maafkan netizen salah tafsir niat sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib tak dendam, maafkan Aisar Khaled buat ‘content’ ziarah kubur Siti Sarah

"InsyaAllah lepas ni dah tak buat dah. Saya nak fokus industri lakonan dan kurangkan kontroversi, tak mahu main-main lagi.

"Sebelum nak buat sesuatu saya kena fikir masak-masak dahulu, lagi pun kontroversi sebelum ini memang tak rancang, tak pernah terfikir pula nak viral," katanya kepada mStar.

aisar 3

Aisar janji lebih berhati-hati sebelum memuat naik content di media sosial.

Aisar ditemui semasa tayangan perdana filem Gila Gusti yang diadakan di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sebelum ini Aisar sering menerima kecaman netizen kerana tindakannya memuat naik content di YouTube menimbulkan rasa kurang senang netizen antaranya kontroversi babi air, melawat kubur penyanyi Siti Sarah, bersolat di luar stesen minyak dan memeluk pelakon Fify Azmi.

Jangan benci terlalu lama kerana kehidupan ini adalah sebuah perjalanan dan kita kena terus belajar

AISAR KHALED

PELAKON/ INFLUENCER

"Saya nak minta maaf atas apa kesilapan yang saya pernah buat, saya terima semua teguran itu dengan hati terbuka.

"Walaupun mereka kata macam-macam tapi saya tetap memaafkan mereka. Teruskan memberi sokongan kepada saya.

"Jangan benci terlalu lama kerana kehidupan ini adalah sebuah perjalanan dan kita kena terus belajar," ujarnya.

aisar 2

Barisan pelakon filem Gila Gusti.

Dalam perkembangan lain, Aisar meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang melebarkan sayap lakonannya menerusi filem Gila Gusti.

"Syukur Alhamdulillah apabila diberi peluang ini! Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menerima tawaran filem ini adalah kerana keistimewaan watak Zul yang saya lakonkan.

“Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam filem ini namun berharap agar filem ini menerima sokongan ramai dan penonton enjoy dengan jalan cerita yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat," katanya.

Gila Gusti mengisahkan mengenai perjalanan dua sahabat baik iaitu Mamat dan Zul yang obses dengan ahli gusti terkenal bernama Naga (Ayez Shaukat) yang hilang motivasi dalam dunia gusti.

Selain Aisar dan Ayez, filem ini turut dibintangi oleh Syafie Naswip sebagai Mamat, Pekin Ibrahim (Jiggy), Dato’ Jalaluddin Hassan (Tiger Rajah) dan Elizabeth Tan (Julia, pengacara perlawanan gusti).

Gila Gusti ditayangkan di pawagam pada 17 Mac depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain