suria

Bapa Sheera Iskandar meninggal dunia, terkilan tak dapat ziarah kerana banjir

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua.

KHABAR duka daripada pelakon Sheera Iskandar apabila bapanya, Tengku Iskandar Putra Tengku Ahmad menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 petang Isnin di Pasir Mas, Kelantan.

Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memaklumkan bapanya yang berusia 75 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Suami jatuh hati dengan Sheera Iskandar selepas tonton ‘Halimah Jongang’, tak sangka bertemu jodoh dengan artis kegemaran

Bagaimanapun, dia masih belum mendapatkan maklumat terperinci kerana kini sedang berada di Melaka.

“Saya mendapat berita daripada adik-beradik yang berada di sana.

sheeraAllahyarham jatuh sakit sejak beberapa minggu lalu.

“Bapa saya meninggal akibat sakit tua selepas beberapa minggu tidak boleh bergerak. Sebelum itu dia sihat seperti biasa.

“Saya sendiri belum buat keputusan untuk pulang ke sana kerana dimaklumkan kawasan sekitar dilanda banjir,” katanya kepada mStar.

Allahyarham juga merupakan bekas suami kepada pelakon Aznah Hamid.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1981 namun bercerai pada 1986.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain