suria

Aina Abdul terkejut ‘Fool’ dimainkan radio Jepun, bangga lagu anak Melayu ke udara di bumi ‘sakura’

Aina bangga lagu Fool dimainkan sebuah stesen radio di Jepun.

PENYANYI Aina Abdul terkejut apabila mendapat tahu single baharunya berjudul Fool dimainkan di sebuah sterne radio di negara Jepun.

Terharu dengan perkara itu, pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 29, ini juga mengakui bangga dan menganggap ia satu pencapaian buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi fesyen pelik, Aina Abdul mahu fokus susunan muzik AJL36

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak sanggup dengar komen ‘pedas’ juri, puji Iqbal berani bersaing walau tiada kebolehan

“Saya tidak tahu macam mana lagu saya boleh sampai ke sana dan tak tahu siapa yang request untuk ia diputarkan.

“Semestinya satu pencapaian buat saya kerana terselit lagu anak Melayu di bumi Jepun.

“Saya amat gembira dan bersyukur apabila diberitahu tentang perkara itu,” kata Aina kepada mStar.

Aina bangga lagu Fool dimainkan sebuah stesen radio di Jepun.Aina jaga kesihatan menjelang AJL36.

Selain itu Aina, bercakap tentang fesyen yang ditampilkan dalam video muzik lagu Fool, Aina berkata, dia tidak pernah peduli dengan kritikan netizen.

Menurutnya, dia dan pasukannya sudah melakukan yang terbaik untuk menyiapkan video muzik berkenaan.

Semestinya satu pencapaian buat saya kerana terselit lagu anak Melayu di bumi Jepun

AINA ABDUL

PENYANYI

“Saya tidak peduli dengan kritikan yang boleh buat saya tak tidur malam. Memanglah saya baca, tetapi lebih baik tak terlalu memikirkan hal tersebut.

“Mereka tidak tahu bagaimana team saya bersusah payah siapkan rekaan pakaian tersebut,” katanya.

Dalam masa sama, Aina turut berkongsi perasaan gementar menjelang Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bakal berlangsung pada 6 Mac nanti.

aina abdul 3

Lagu duet dengan Khai Bahar berjudul Nafas Cinta turut bertanding di AJL36.

Aina bakal mempertaruhkan lagu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar.

“Keutamaan saya sekarang adalah tahap kesihatan memandangkan kes harian Covid-19 yang semakin tinggi.

“Saya cuba untuk tidak terlalu kerap berada di luar rumah bagi mengelakkan dijangkiti virus itu.

“Semoga saya dapat membuat persembahan pada malam tersebut. Itu yang saya mahukan,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain