suria

Tuah Adzmi terasa hati ditegur tentang ‘pitching’, kesal kurang undian peminat - “Jangan marah saya tersingkir kalau tak undi“

Tuah reda dengan penyingkiran pada minggu keempat

KURANG undian peminat menjadi punca Tuah Adzmi gagal mara ke minggu kelima Big Stage 2022 meskipun bukan markah tercorot juri.

Bagi Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, dia reda kerana itu adalah konsep pertandingan yang telah diketahuinya sejak awal menyertai BS22.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi tak sedap, Tuah Adzmi tersingkir Big Stage 2022 minggu keempat

ARTIKEL BERKAITAN: Takut terbaca komen negatif, Tuah Adzmi elak tonton semula persembahan di Big Stage 2022

“Jika ada yang marah dengan penyingkiran saya, tanya semula kepada mereka, adakah mereka sudah mengundi?

“Kita tahu konsep pertandingan yang mana peserta berada di kedudukan tiga terbawah akan tersingkir mengikut undian peminat.

“Saya tidak ada sebarang masalah,” jelasnya kepada mStar.

tuah 2

Tuah tersingkir kerana markah undian peminat kurang berbanding Megat.

Menerusi konsert yang berlangsung pada malam Ahad, Tuah menyanyikan lagu Malam Semakin Dingin nyanyian asal kumpulan Spin.

Mengikut peratusan markah juri, Tuah mendapat 62.6 peratus dan berada di kedudukan kedua terbawah. Manakala Megat Rahim pula mendapat markah paling rendah iaitu 54.4 peratus.

Jika ada yang marah dengan penyingkiran saya, tanya semula kepada mereka, adakah mereka mengundi?

TUAH ADZMI

PENYANYI

Bagaimanapun undian penonton telah menyelamatkan Megat untuk terus mara ke minggu hadapan.

Dalam masa sama, Tuah juga berpuas hati dengan semua persembahan yang telah diberikan sepanjang empat minggu bersaing.

Dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak atas persembahannya kerana setiap minggu adalah atas pilihan dan kreativiti sendiri.

“Saya selesa dengan apa yang telah saya lakukan kerana itu adalah kemahuan sendiri.

“Tidak ada sesiapa pun yang suruh saya buat dengan corak persembahan yang telah disampaikan. Saya suka kerana dapat melakukan atas kehendak sendiri,” katanya.

Bercakap tentang masalah 'piching', Tuah mengakui sedikit terasa hati dengan teguran yang diberikan Datuk Syafinaz Selamat.

syafinaz 1

Syafinaz jujur menyifatkan nyanyian Tuah tidak sedap.

Syafinaz selaku juri pedas menasihati Tuah supaya melihat kembali persembahan dan mencari kesalahan.

“Ketika awal ditegur soal pitching ada juga terasa hati, namun apabila sedar semula saya tahu itu adalah satu salah diri sendiri.

“Saya terima segala teguran,” jelasnya.

BS22 yang bersiaran secara dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien yang menggantikan Sherry Alhadad untuk minggu ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain