suria

Minta bayaran belasan ribu, tak suka terus letak telefon... Rashid Sibir bengang pelakon letak harga tinggi

Rashid Sibir luah rasa marah isu pelakon letak harga tinggi.

SIKAP pelakon yang enggan bertolak ansur dalam soal bayaran kini dilihat sebagai barah yang semakin merebak dalam industri seni tempatan.

Akui kecewa dengan sikap sombong segelintir pelakon, pengarah terkenal Rashid Sibir, 53, berkata situasi tersebut menyukarkan sesebuah produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rashid Sibir Naik Angin Dituduh Ciplak Karya Iran

ARTIKEL BERKAITAN: “Produksi ikut permintaan hero dan heroin... bayaran kami dikurangkan” - Norlia Ghani

“Saya bercakap melalui fakta dan pengalaman sendiri.

“Dalam keadaan sekarang ini perlu ada toleransi antara produksi, stesen televisyen dan juga pelakon supaya semua orang boleh cari makan dan survive.

rashid sibir 3

Rashid berharap semua pihak dapat bertoleransi soal bayaran.

“Isu ini semakin melampau sehinggakan bayar artis melebihi bayaran pengarah, sedangkan seorang pengarah yang memainkan peranan penting untuk hidupkan watak seseorang pelakon.

“Sebab itu saya rasa masalah sebegini perlu dihentikan untuk kebaikan industri kita sendiri,” ujar Rashid ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, pengarah drama popular Tanah Kubur ini berkongsi satu hantaran di laman Facebook meluahkan sikap artis yang meminta bayaran tinggi selain hanya mahu mengikut masa mereka untuk menjalani penggambaran.

“Pelakon hero letak harga berbelas ribu ringgit, tak nak bagi terus tak mahu bincang. No, no, no... tutup telefon. Heroin pun sama letak harga, tak nak (tak setuju harga) cari lain.

Isu ini semakin melampau sehinggakan bayar artis melebihi bayaran pengarah, sedangkan seorang pengarah yang memainkan peranan penting untuk hidupkan watak seseorang pelakon

RASHID SIBIR

PENGARAH

“Yang ada pengurus lagi la demand, kira hanya beberapa jam saja boleh kerja dalam sehari. Apa nak jadi?”

“Kalaulah produksi sudah peruntukan untuk membayar 30 peratus daripada jumlah bayaran hanya untuk hero dan heroin, berapa yang tinggal untuk orang lain? Saya perlu bayar kru produksi dan juga pelakon tambahan lain juga.

“Stesen televisyen pula sudah ada barisan pelakon baharu yang mereka mahukan. Kalau betul nak pelakon tersebut, maka perlulah naik harga bayaran. Sekarang dah tahun 2022, harga telur di kedai pun naik harga,” luahnya.

rashid sibir 2

Rashid selesa bekerjasama dengan pelakon yang memahami.

Dalam masa sama Rashid berpendapat isu sebegini tidak akan selesai tanpa bantuan persatuan penerbit drama dan juga pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Rashid juga memberitahu dia begitu senang bekerjasama dengan pelakon lama kerana mereka lebih memahami.

“Apa yang saya suarakan ini harap dapat membuka mata banyak pihak. Dalam hal ini persatuan dan pihak kementerian harus mengambil langkah proaktif supaya tidak berlarutan.

“Saya lebih suka bekerjasama dengan artis lama seperti Datuk Rosyam Noor, Nasha Aziz, Norlia Ghani dan Fauziah Nawi kerana mereka lebih faham dan mudah untuk berbincang soal bayaran,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain