suria

Roh Rain rasuk Kim Bum dalam ‘Ghost Doctor’, kisah misteri kelakar ini boleh ditonton di Viu

Lakonan mantap Kim Bum dan Rain dalam drama Ghost Doctor.

MISTERI tapi kelakar, itu yang boleh digambarkan Kdrama Ghost Doctor yang kini sedang mendapat perhatian dan meraih rating tinggi.

Drama fantasi perubatan ini diterajui oleh pelakon dan penyanyi terkenal Rain dan Kim Bum.

ARTIKEL BERKAITAN: F4 Thailand: Boys Over Flowers lebih ‘fresh’, Bright dan Win buat wanita ‘cair’... Korang boleh tonton hanya di Viu

ARTIKEL BERKAITAN: ‘The Red Sleeve’ kisah cinta raja dengan dayangnya

Kim Bum pernah membintangi drama Boys Over Flowers versi Korea Selatan dan bakatnya mula mendapat perhatian ketika bergandingan dengan Lee Dong Wook menerusi drama Tale of the Nine-Tailed dan Law School.

Apa yang menariknya, Rain membawa dua watak iaitu pakar bedah torak yang genius bernama Cha Young Min dan menjadi roh selepas kemalangan dan koma.

Manakala Kim Bum membawa watak Go Seung Tak iaitu doktor pelatih yang boleh berinteraksi dengan alam lain termasuk roh Cha Young Min.

Drama 16 episod ini mula ditayangkan di Viu bermula 4 Januari lalu.

Drama Ghost Doktor mengisahkan tentang seorang doktor yang genius tapi berlagak iaitu Cha Young-min (Rain) dengan seorang pelatih doktor yang kaya Go Seung-tak (Kim Bum) yang hanya tahu teori sahaja.

Kedua-dua mereka mula berhubung selepas Cha Young-min mengalami kemalangan namun diselamatkan dengan tindakan pantas Go Seung-tak yang sebenarnya sudah dirasuk oleh roh Cha Young-min.

Gelagat dua doktor yang saling bergaduh mencuit hati dan sentiasa membuat penonton tak kering gusi.

Nak tahu apa kesudahan Cha Young-min? Adakah dia akan meninggal dunia atau berjaya sedar daripada koma dan membalas dendam? Saksikan semuanya hanya di Viu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain