suria

Pertama kali jumpa Shaheizy Sam, Hana Nadira ‘nervous’ takut tak sekepala... Baru tahu hero pujaan pandai melawak!

Hana Nadira kongsi pengalaman berlakon dengan Shaheizy Sam.

PELAKON Hana Nadira meluahkan rasa teruja dapat bergandingan bersama aktor kegemarannya iaitu Shaheizy Sam dalam drama bersiri terbaharu, Take CTRL.

Pertama kali bertentang mata di set penggambaran, Hana, 36, berkata Sam seorang yang menyenangkan dan sangat mudah memberikan kerjasama dengan pelakon lain.

"Ini ada lakonan pertama saya dalam drama bersiri, itu sudah cukup membuatkan saya gementar. Tapi yang lebih membuatkan saya nervous apabila kena berlakon dengan Shaheizy Sam yang memang dah lama saya minat sejak filem Polis Evo lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam tinggal pesanan ‘deep’ untuk pelakon senior... kena jaga adab!

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman glamor dah berlalu... Shaheizy Sam tak kisah berniaga di bazar jumpa peminat

"Sebelum masuk set tu saya takut juga... boleh 'masuk' ke kami nanti, sekepala ke tak? Tapi Alhamdulillah dia sangat chill dan mengalu-alukan kedatangan saya. Hari pertama dah rasa senang bekerja dengan dia.

"Dia banyak melawak dan sepanjang penggambaran itu memang enjoy sahaja. Dia juga tak lokek berkongsi tips lakonan dan peramah dengan semua orang di set," katanya kepada mStar.

hana 3

Hana jadi isteri Shaheizy Sam dalam drama Take CTRL.

Hana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Take CTRL di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, Hana mengakui berlakon di hadapan kamera lebih mencabar berbanding beraksi di pentas teater.

Memang banyak beza berlakon siri televisyen dengan teater... bagi saya berlakon untuk TV ni lebih susah!

HANA NADIRA

PELAKON

"Sebelum ini saya banyak berlakon teater sahaja antaranya Uda dan Dara, Romeo & Juliet dan banyak lagi... kalau dapat tawaran berlakon drama pun bawa watak cameo sahaja.

"Memang banyak beza berlakon siri televisyen dengan teater... bagi saya berlakon untuk TV ni lebih susah sebab kalau teater kita berlatih dua atau tiga bulan sebelum persembahan.

hana 2

Barisan pelakon Take CTRL.

"Drama TV macam ni memang tak ada latihan, kena terus shoot sahaja, kita juga kena siap bersedia untuk buat mana-mana babak yang diminta oleh pengarah," ujarnya.

Selain Shaheizy Sam dan Hana Nadira, Take CTRL turut menampilkan Faiz Najib, Sry Khairudin, Farid, Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan Jenn Chia.

Ia akan mula ditayangkan bermula Sabtu ini pukul 9 malam di saluran TA-DAA!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain