suria

Gara-gara penggambaran ketika PKP, Sabri Yunus bawa empat watak dalam drama ‘4 Abdul 1 Mohd’

Sabri seronok dapat membawa empat watak.

MEMAINKAN empat watak dalam drama terbaharunya berjudul 4 Abdul 1 Mohd, pengarah Sabri Yunus mengakui berdepan cabaran sepanjang proses penggambaran.

Selain watak, Sabri atau Mohd Sabri Yunus, 60 berkata, kekangan masa ketika tempoh pandemik Covid-19 juga menjadi ujian untuk dia menyelesaikan karya itu dengan berkualiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Harap orang Kelantan faham... Sabri Yunus pesan jangan dengar hasutan tolak vaksin! - “Mereka ini terpengaruh dengan cerita tidak betul”

"Bukan sekadar kesukaran dalam proses untuk membikin tetapi juga dengan kekangan masa yang ada.

"Untuk buat sebuah drama dan bukannya filem, kita tiada pilihan. Kena kejar masa dan itulah cabaran. Memegang watak tidaklah cabaran sangat.

Sabri seronok dapat membawa empat watak dalam sebuah drama. Sabri bawa empat watak berbeza dalam drama 4 Abdul 1 Mohd.

"Nak mengangkat naskhah dalam masa yang terhad, itu lebih mencabar. Memegang watak itu seronok kerana mencabar diri.

"Watak berbeza dengan dialek yang lain, saya seronok," kata Sabri kepada mStar.

Drama yang mempunyai 12 episod itu ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11 malam di saluran Astro Ria.

Ada dua sebab kenapa saya membawakan empat watak sekaligus.

SABRI YUNUS

PENGARAH & PELAKON

Selain Sabri, antara barisan pelakon lain termasuklah Asrul Faizal, PU Azman, Brian Chan, Azizul Ammat, Angeline Tan, Saidi Sabri dan Issey Fazlisham.

Berkongsi lebih lanjut mengenai empat watak yang dibawanya, Sabri memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk mengawal lakonan yang berbeza.

"Saya rasa, saya tidak mempunyai sebarang resepi untuk ‘switch on dan off’ empat watak. Ini kerana saya rasa kita sendiri ada batas dan mengawal lakonan.

"Kalau faham tentang batas dan pengawalan, tiada akan ada masalah. Dalam drama 4 Abdul 1 Mohd, ada seorang Sabri Yunus yang mengawal semuanya," ujarnya.

Sabri 2Sabri tiada masalah membawa lebih satu watak dalam sebuah drama.

Selain mencabar diri, Sabri turut memberitahu dia terpaksa membawa empat watak sekaligus kerana memikirkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

"Ada dua sebab kenapa saya membawakan empat watak sekaligus. Yang pertama, saya mencabar diri sebagai spiritual dengan membawakan empat watak.

"Yang kedua dan secara fizikal ialah kerana kami menjalani penggambaran sewaktu PKP. Saya harus jaga SOP dan fikir bagaimana nak selesaikan masalah ini.

"Dengan syarat-syarat tidak boleh ramai pelakon dan sebagainya, solusinya adalah saya bawa empat watak dan saya terus boleh kurangkan masalah itu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain