suria

Pelakon Talha Harith dihempuk dengan beg tangan, penonton emosi gara-gara watak dalam drama

Talha ubah imej dengan watak dalam drama yang dibintangi bersama Emma Maembong.

IMEJ berbeza menerusi drama berjudul I Promise, Janji Anaqi membuatkan penonton beranggapan pelakon Talha Harith merupakan pendatang baharu dalam industri seni.

Tampil dengan imej botak dan badan sedikit berisi, Talha berkata perubahan itu dilakukan demi menjayakan watak sebagai Zafran.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ibu Aliff Syukri ‘sound’ berlakon nazak, isteri pula positif Covid-19

Malah, Talha atau nama sebenarnya Talha Amir Harith berjaya menaikkan berat badan sebanyak empat kilogram dalam masa seminggu.

61252388_442181046567781_1943559791134343116_n

Penampilan Talhah ketika berlakon bersama Uyaina Arshad menerusi drama Curi Curi Cinta.

"Saya masih ada dalam industri... cuma sibuk dengan penggambaran. Mungkin ini kali pertama saya botak dan naikkan berat baik, jadi orang kurang perasan.

"Tapi saya bersyukur dapat lakukan perubahan daripada segi bentuk badan. Sebab kalau kurus macam sebelum ini, tak sesuai pula dengan karakter Zafran.

Sekejap sahaja naikkan sebab badan senang naik, senang turun.

TALHA HARITH

PELAKON

"Berat badan saya naik daripada 64 ke 68 kilogram dalam masa seminggu. Sekejap sahaja naikkan sebab badan senang naik, senang turun.

"Sebelum ini saya muncul dalam drama Curi-Curi Cinta, watak lain dan kali ini saya nak buat perubahan 360 darjah kelainan," katanya.

Selain Talha, drama yang mula ditayangkan sejak 6 Disember lalu itu turut dibintangi teraju utama iaitu Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong.

Talha 1

Perubahan imej Talha yang jauh berbeza.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini juga memberitahu dia sememangnya sudah bersiap sedia menerima kecaman disebabkan watak Zafran yang merupakan seorang antagonis.

"Ikutkan memang ada penonton yang dah kecam saya sebab watak Zafran ini. Tak fasal-fasal saya kena marah dikatakan 'kurang ajar punyai botak'.

"Tapi untuk drama sebelum ini pun saya pernah kena marah dengan penonton. Malah, saya pernah kena hempuk dengan beg tangan yang berat oleh seorang makcik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain