suria

Vida sokong cara Waris buat lagu ‘Apa Apa Rojer’ sindir selebriti - “Dia jentik hati mereka supaya sedar”

Datuk Seri Vida akan keluarkan single baharu bagi menjawab kepada lagu Iqbal.

SELEPAS lagu Hujan nyanyian Iqbal Zulkefli yang didakwa menjual kisah percintaan terputus di tengah jalan, kini usahawan kontroversi Datuk Seri Vida juga bakal melancarkan single yang akan menjawab persoalan netizen.

Kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, dia terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.

"Sebenarnyabila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida seperti ‘makan cili rasa pedas’ tonton MV lagu Iqbal, tuduh lapar publisiti - “Semuanya temberang, plot twist kalah cerita Tamil”

ARTIKEL BERKAITAN: Takut orang berharap gaji jadi PA Vida RM10,000, Iqbal tunjuk bukti hanya dibayar RM2,000

"Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata, apa yang kau lirikkan dalam lagu itu. Kali ini dengar saya punya pula.

"Ini jawapan yang perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis," katanya kepada mStar.

VIDA1

Vida akan keluarkan lagu ditujukan kepada Iqbal.

Vida mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hatinya menerusi sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal.

"Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap kesedihan saya, saya nak anda semua rasakan.

Saya nak orang semua rasakan macam kesedihan yang saya rasakan.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

Dalam pada itu, Vida turut bersetuju dengan lagu terbaharu Waris, Choki dan DJ Fuzz menerusi berjudul Apa Apa Roger yang mengambil pendekatan membawa suara netizen untuk dijadikan karya.

Menurut Vida karya tersebut adalah kreatif yang boleh menjentik hati selebriti atau artis yang terasa.

wariss

Vida bersetuju dengan pendekatan Waris dan Coki yang membawa suara netizen menerusi lagu.

"Mungkin pendekatan mereka membawa suara-suara netizen dan setengah orang ambil kesempatan begitu untuk popularkan diri.

"Jadi dia membalas kembali dalam lagu bagi jentik hati mereka supaya sedar ini yang kau buat sebenarnya.

"Sebab kalau cakap berkali-kali tak faham, jadi kalau dari lagu akan dapat tengok sampai bila-bila, tahniah la kepada mereka," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain