suria

Lima tahun menduda, Along Cham tak tutup pintu hati cari pasangan - “Kalau sampai jodoh esok lusa pun boleh kahwin”

Along Cham sedia untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu jodoh.

LIMA tahun jalani kehidupan sebagai seorang duda, pelawak Along Cham memberitahu pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumah tangga.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 37, berkata, dia tidak pernah menetapkan tempoh masa untuk kembali membina rumah tangga, namun menyerahkan urusan itu kepada takdir.

Along berkata, tumpuannya kini hanya pada kerjaya dan juga anaknya, Ahmad Danial, 9, yang kini berada di Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Along (Cham) tidak lagi dendam bekas isteri, hantar anak ke madrasah

ARTIKEL BERKAITAN: Along (Cham) harap anaknya dapat tarik bekas isteri kembali menutup aurat

"Buat masa ini saya fokus 100 peratus pada karier. Selepas selesai kerja, saya start kereta dan balik ke Johor untuk tengok anak.

F2A43A7E-7C8E-4DFC-A8E1-1C6D70D57E8B

Along memberikan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dan anaknya.

"Tipulah kalau tak terbuka hati untuk menerima jodoh, cuma sekarang ni saya tengah nak betulkan track kerja dan diri sendiri.

"Saya bukan nak kata saya perlukan masa yang lama atau tidak. Jodoh itu rahsia Allah... kalau dah sampai jodohnya, esok lusa pun boleh kahwin," kata Along kepada mStar baru-baru ini.

Along pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron, 32, pada 23 Januari 2010.

Setelah beberapa tahun menjadi pelakon, memang ini yang saya impikan.

ALONG CHAM

PELAWAK, PELAKON

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 setelah isteri pelawak ini ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat pada pada 13 Ogos 2016.

Dalam perkembangan kerjaya, Along berkata, dia menjadikan Shaheizy Sam sebagi contoh untuk memperbaiki mutu lakonannya dan menggunakan ilmu tersebut ketika melakonkan filem arahan Mawi yang berjudul Tiada Tajuk.

Dalam perkembangan lain, Along bersyukur Tiada Tajuk tersenarai antara 55 filem yang layak merebut trofi Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.

260351644_150544480637297_8154229952441025635_n

Along gembira apabila filem Tiada Tajuk arahan Mawi tersenarai untuk merebut trofi Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-31.

"Filem ini sebenarnya bermula daripada Rock Sangkut dan kita besarkan plotnya menjadi filem.

"Semasa pembikinan filem ini kita dah target sekiranya ia tidak mendapat sambutan, sekurang-kurangknya dapat menjadi filem yang terbaik dengan mesej yang ingin disampaikan.

"Setelah beberapa tahun menjadi pelakon, memang ini yang saya impikan. Menang atau kalah itu semua belakang cerita, ini juga sudah dikira sebagai satu pencapaian bagi saya," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain