suria

[VIDEO] Tiga pengacara tergamam, Ismail Sabri ‘sempoi’ tanya soalan spontan - “Habislah nanti PM ambil kerja hos pula”

Tiga pengacara tergamam diajukan oalan oleh Perdana Menteri Malaysia.

SIAPA sangka Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mempunyai bakat bergelar pengacara?

Situasi jarang-jarang berlaku ini dirakam semasa siaran langsung Wawancara Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan pada malam Ahad.

Tiga pengacara dari saluran Astro AWANI, TV3, dan RTM iaitu Terrence Joseph Dass, Azaria Tagaya serta Cynthia Ng dilihat tergamam dan terkejut apabila Ismail tiba-tiba bertanya soalan kepada mereka secara spontan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azaria Tagaya kagum ramai remaja tunjuk bakat baca berita di TikTok... personaliti TV3 berdarah kacukan Melayu, Jepun ini tak lokek kongsi tip!

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah lesu baca berita, Hawa Rizwana bukan mengantuk tapi menghayati! - “Saya tak boleh kawal mimik muka bila sampaikan berita serius”

"Hari ini biar saya pula jadi (pengacara).

"Saudari-saudari tahu tak apa maksud keluarga Malaysia?” soal beliau.

tv1

Tiga pengacara program ekslusif bersama PM, dari kiri; Cynthia Ng, Terrence Joseph Dass dan Azaria Tagaya.

Soalan spontan yang diajukan Ismail itu sekali gus mendapat respons positif daripada ketiga-tiga pengacara berkenaan dan menyifatkan perkara itu jarang berlaku dalam wawancara eksklusif yang pernah dikendalikan oleh mereka sebelum ini.

Menurut salah seorang pengacara iaitu Azaria, ini pertama kali dia ditemubual oleh seorang pemimpin mengenai misi negara sehingga membuatkan dia tergamam seketika.

Rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kami pengacara soalan dalam wawancara eksklusif!

AZARIA TAGAYA

PENGACARA

"Bila Perdana Menteri pula tanya pengacara. Tergamam jugalah, sedang dalam wawancara eksklusif dengan Perdana Menteri, tiba-tiba Perdana Menteri tanya soalan kepada pengacara.

"Rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kami pengacara soalan dalam wawancara eksklusif,” katanya kepada mStar.

Rakaman pendek ketika Ismail bertanyakan soalan kepada pengacara itu menjadi tular di media sosial dan dikongsi oleh ramai netizen.

TONTON VIDEO PM JADI PENGACARA!

@buletintv3

Tercengang pengacara nak jawab soalan PM, video penuh di Youtube ##BeritaDiTikTok ##beritaditiktok ##buletintv3##buletinutamatv3 ##perdanamenteri

♬ original sound - BuletinTV3

Rata-ratanya memuji sikap sempoi perdana menteri yang tidak kekok dan kelihatan mesra berhadapan dengan pihak media.

"Tercengang pengacara nak jawab soalan Perdana Menteri.

"Kelakar pula tengok PM tanya soalan dekat pengacara. Habislah nanti PM ambil kerja hos pula.

"PM memang terbaik. Tak kekok depan media dan televisyen... jawab soalan semua tenang sahaja," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain