suria

Berderau darah tengok kereta dinaiki Haneesya Hanee remuk dirempuh lori 3 tan di Bukit Fraser - “Lori tu laju, makan jalan ke laluan kami”

Kereta dinaiki Haneesya Hanee dirempuh sebuah lori.

PELAKON Haneesya Hanee berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika menuju ke Bukit Fraser, Pahang pada Sabtu.

Menurut Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, 21, kereta yang dinaikinya bersama beberapa individu lain dirempuh sebuah lori seberat tiga tan ketika melalui kawasan selekoh tajam.

"Kami dalam perjalanan ke Fraser Hill sebab ada penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dapat komen negatif, Haneesya Hanee tak sangka foto bertudung terima pujian - “Dah lama ada niat untuk berhijab cuma...”

“Siapa yang pernah ke Bukit Fraser pasti tahu keadaan jalan nak ke sana.

“Kejadian kemalangan tu berlaku ketika di selekoh tajam, jadi ada blind spot... tak nampak kenderaan dari depan,” katanya menerusi perkongsian dia Instagram.

Haneesya turut berkongsi foto keadaan kenderaan jenis Myvi dinaikinya yang remuk di bahagian sisi kanan hadapan.

Bercerita lanjut tentang insiden berkenaan, Haneesya mendakwa lori berkenaan dipandu dalam keadaan laju dan merbahaya.

“Lori tu laju, jadi makan jalan ke laluan kami. Bukan sikit-sikit dia makan jalan,” katanya.

Tak ada kecederaan teruk yang berlaku hanya sakit kaki sikit je tapi dah okay

HANEESYA HANEE

PELAKON

Bagaimanapun Haneesya bersyukur kerana mereka yang turut sama berada di dalam kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu dia turut menasihatkan orang ramai yang mahu melalui lokasi sama agar berhati-hati.

"Sekarang kami sewa kereta satu lagi sebab barang banyak nak bawa.

"Tak ada kecederaan teruk yang berlaku hanya sakit kaki sikit je tapi dah okay.

"Kepada anda semua hati-hati kalau lalu kawasan ini sebab keadaan jalan yang tak berapa selamat. Terima kasih kepada yang ambil berat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain