suria

SOP ‘shopping mall’ lebih longgar berbanding masjid, Khai AF sedih tengok pakcik merayu nak solat Jumaat - “Seminggu sekali je... tolong ambil berat”

Khai sedih tak dapat solat Jumaat kerana masjid menghadkan jumlah jemaah.

HAJAT penyanyi Khai menunaikan solat Jumaat tidak kesampaian apabila dia tidak dibenarkan masuk ke masjid bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai umat Islam itu.

Lebih membuatkan Khai atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Mohamad, 41, kecewa apabila melihat beberapa lagi jemaah yang lebih berusia turut tidak dibenarkan memasuki masjid kerana had jemaah sudah mencapai kuota yang ditetapkan.

"Saya berada di sebuah masjid besar di Bangi, Selangor seawal pukul 12 tengah hari tapi tak dibenarkan masuk. Ramai lagi kat luar masjid tu terutamanya pakcik-pakcik yang menunggu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketika zaman kemuncak kami alpa, tiada siapa bimbing urus kewangan” - Khai dan Rosma buka cerita punca artis hidup susah

"Kasihan ada pakcik yang datang merayu, kami semua tak boleh masuk solat walaupun sudah menerima vaksin lengkap.

"Saya tak protes atau marah cuma kecewa dan sedih sahaja sebab sekarang rasa dah macam tak ada beza hari lain dengan hari Jumaat yang mulia ni," kata bekas peserta program Akademik Fantasia musim pertama itu kepada mStar.

khai rosma 1

Khai bersama jemaah lain tunggu di luar masjid.

Sementara itu, menerusi Instagram suami kepada penyanyi Rosma ini meminta kerajaan membuat semakan semula mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat di masjid.

Kata Khai peraturan sedia ada sudah tidak relevan, lebih-lebih lagi ramai penduduk Lembah Klang sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Had cuma 100 orang sedangkan masjid besar. Tolong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ambil berat isu solat Jumaat ni!

KHAI

PENYANYI

"Berbeza-beza peraturan di masjid sekarang ni. Ada sesiapa cepat boleh masuk dan ada yang kena daftar dulu baru boleh masuk. Ingatkan dah dos kedua boleh masuk macam di pusat beli-belah tapi kenapa masjid masih diperketatkan lagi.

"Had cuma 100 orang sedangkan masjid besar. Tolong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ambil berat isu solat Jumaat ni.

"Seminggu sekali je bukan hari-hari macam di mall. Sedangkan mall pun tak ada had langsung sekarang ni janji dah suntik vaksin.

khai rosma 3

Khai bersama isterinya Rosma.

"Rasanya tempat-tempat lain banyak dah longgar tapi masjid saja masih SOP sama. Rakyat Selangor 80 peratus dan terima dos kedua," ujarnya.

Pada 8 Ogos, kerajaan mengumumkan individu lengkap dos vaksin boleh menunaikan solat di masjid dan surau tertakluk kebenaran pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Kerajaan negeri Selangor membenarkan solat Jumaat dan solat fardhu dilakukan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

Menerusi surat pekeliling dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kehadiran solat Jumaat boleh disertai 50 hingga 100 jemaah sahaja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain