suria

Pernah habiskan masa 10 jam main PUBG, Syafiq Farhain ‘support’ kaki game - “Ramai raih pendapatan, takkan nak kata buang masa?”

Syafiq masih boleh bermain permainan video biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai ahli bomba dan penyanyi.

SIBUK dengan kerjaya sebagai penyanyi dan ahli bomba tidak menghalang penyanyi Syafiq Farhain untuk meluangkan masa bermain permainan video atas talian.

Syafiq, 28, bagaimanapun berkata, dia akan memastikan dirinya tidak terlalu leka dengan permainan tersebut sehingga tidak melakukan aktiviti lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bimbang Syafiq Farhain pakai baju hospital di pusat kuarantin, rupa-rupanya bertugas ‘sanitize’ ambulans bawa pesakit Covid-19

"Saya sememangnya suka saja main game. Malah sejak dari kecil lagi tapi tak ada la sampai 24 jam nak mengadap itu saja.

Syafiq 1

Syafiq tidak mahu terleka dengan bermain permainan video.

"Bila ada masa terluang, saya mainlah tak kira permainan video PUBG atau COD. Sekadar bermain saja tapi tak pernah sertai mana-mana pertandingan.

"Jangan pula ada yang salah sangka saya asyik main game. Kalau leka sangat macam mana saya nak buat kerja lain betul tak?" katanya kepada mStar.

Syafiq berkongsi perkara itu ketika sidang media secara virtual sempena pelancaran Mobile Legend: Anonymoz Merdeka Challenge 2021 baru-baru ini.

Turut hadir ke sesi tersebut ialah penganjur dan pengasas organisasi E-Sukan tersebut, Muhammad Haikal Mohd Fauzi serta penyanyi Apak Harry Khalifah.

Sekadar bermain saja tapi tak pernah sertai mana-mana pertandingan.

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

Dalam pada itu, Syafiq bagaimanapun tidak memandang rendah mana-mana individu yang gemar bermain permainan video.

Malah, aktiviti ini dilihat sudah boleh dijadikan sebagai kerjaya dan menjana pendapatan.

"Bagi saya permainan ini sekadar hobi. Saya tahu ramai juga yang serius bermain game tapi tak semestinya kita boleh kata ia sebagai membuang masa.

"Ada yang dapat meraih pendapatan menerusinya, jadi takkan kita nak kata itu buang masa?

Syafiq 2

Syafiq berkata permainan video turut boleh menjana pendapatan.

"Bagi saya, ia akan menjadi buang masa seandainya apa yang kita buat itu tidak mendatangkan hasil," ujarnya.

Berkongsi lanjut, kata Syafiq, dia pernah terjebak bermain permainan video sehingga 10 jam dalam sehari kerana terlalu asyik.

Pun begitu, katanya kini dia hanya berpeluang bermain permainan video pada waktu cuti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain