suria

Eina Azman diuji lagi, positif Covid-19 pada ulangtahun perkahwinan ke-7 - “Suami kurang okay, demam panas... oksigen turun naik”

Eina Azman dan suami disahkan positif Covid-19 pada Selasa.

SATU lagi ujian terpaksa dilalui oleh pelakon Datin Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden apabila disahkan positif Covid-19 pada Selesa.

Lebih memilukan, berita duka itu terjadi pada ulangtahun perkahwinan mereka yang ketujuh.

Eina, 26, yang baharu sahaja menjalani pembedahan di leher pada 17 Ogos lalu memberitahu dua lagi pembantu rumahnya turut dijangkiti virus berkenaan.

"Dukacita saya ingin maklumkan saya, suami dan dua bibik (pembantu) iaitu Bik Mega dan Bik Na didapati positif Covid-19... macam nak gugur jantung ni bila dapat keputusan sebab saya selalu buat ujian.

ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman ‘operate’ leher lagi, mohon doakan sembuh sepenuhnya

ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman tak potong barisan... rupa-rupanya termasuk golongan berisiko tinggi, layak dapat vaksin lebih awal

"Malah, minggu lepas saya dan suami baru saja buat ujian saringan sebelum pembedahan dan keputusannya negatif. Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh kena.

"Sedih yang amat bila terpaksa tengok anak Aubrey Karl buat ujian saringan dengan menangis. Saya memang tak sampai hati tengok.

eina azman 3

Eina dan suami lakukan pemeriksaan berkala di hospital bagi memeriksa tahap kesihatan.

"Sementara tunggu keputusan hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat Aubrey dan bibik-bibik. Macam mana nak handle? Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana," katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Eina memberitahu dia mula mengalami gejala demam dan batuk manakala suami pula berdepan demam panas serta paras oksigen kurang baik.

Kalau sesiapa ada pengalaman dengan Covid-19 tolong kongsi apa-apa petua yang boleh kami amalkan.

EINA AZMAN

PELAKON

"Sekarang saya dah mula demam panas dan batuk cuma keadaan suami saya kurang okay sebab demam terlalu panas dan oksigen turun naik. Setiap dua hari kami kena pergi hospital untuk jumpa doktor monitor dan X-ray.

"Hari ini pula ulang tahun kami jadi macam ini, Ya Allah memang hilang kata-kata. Apa-apa pun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati terbuka," ujarnya.

Dalam pada itu, Eina memohon orang ramai mendoakan agar dia sekeluarga diberikan kekuatan dan kesembuhan melawan virus berkenaan.

eina azman 1

Eina dan suami sudah lengkap dos vaksinasi.

Malah dia turut meminta mereka yang pernah berhubung dengannya secara langsung melakukan ujian saringan secepat mungkin.

"Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa... kepada sesiapa yang close contact dengan kami kalau rasa tak sihat tolong pergi swab test ya.

"Kalau sesiapa ada pengalaman dengan Covid-19 tolong kongsi apa-apa petua yang boleh kami amalkan.

eina azman 2

Eina sambut ulang tahun ke-7 perkahwinan mereka.

"Anyway happy anniversary sayangku... tiada apa yang saya minta hanya doa nak awak sihat semula macam biasa. Stay strong we can do this together," katanya.

Pada 17 Ogos lalu, Eina mengalami masalah kesihatan dan menjalani pembedahan di leher akibat penyakit yang dihidapi sejak empat tahun lalu.

Eina bergelar isteri kepada usahawan, Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata kembar diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain