suria

Sufian Suhaimi akui cabaran lancar ‘Cinta Tak Bertepi’ ketika pandemik - “Saya tak kisah tentang view YouTube, asalkan didengari ramai”

Sufian Suhaimi lancar lagu baharu Cinta Tak Bertepi sejak Julai lalu.

SEBULAN selepas dilancarkan di laman YouTube, Sufian Suhaimi mengakui kurang promosi punca lagu baharunya berjudul Cinta Tak Bertepi kurang mendapat sambutan berbanding single sebelum ini.

Hanya menerima 130,000 tontonan dalam tempoh berkenaan, Sufian, 29, berkata, dia tetap gembira kerana lagu berentak pop balada itu dilancarkan ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

“Bagi saya apa yang dapat (jumlah tontonan) sekarang ini dah baik sebenarnya, sebab waktu kita lancar lagu Cinta Tak Bertepi ini adalah waktu yang agak lama selepas single Janji iaitu setahun lebih.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidur lambat tapi bangun awal ajak solat Subuh... Sufian Suhaimi ‘terciduk’ baca mesej Haqiem Rusli - “Tak boleh gambarkan perasaan ini”

"Cinta Tak Bertepi ini tidak dapat dipromosikan seperti apa yang kita rancang. Tak kisahlah berapa banyak view pun, asalkan lagu ini didengari oleh ramai orang. Lagu ini ada sedikit kelainan dari segi lirik dan cara nyanyian saya berbeza daripada lagu-lagu sebelum ini.

"Dari segi melodi tak terlalu sedih... kalau orang biasa dengar lagu saya selalunya betul-betul sedih tapi Cinta Tak Bertepi ini adalah sebuah lagu ringan dan santai," katanya.

sufian 2

Sufian Suhaimi tak kisah jumlah tontonan lagu baharu.

Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Saleh itu boleh ditonton menerusi laman YouTube Aries Music.

"Sebenarnya, saya ada beberapa lagu daripada komposer lain juga tapi saya rasa lagu ini paling dekat dengan diri dan sebab itulah saya pilih karya Ikhwan Fatanna.

"Pemilihan lagu ini juga disebabkan oleh kejayaan lagu Janji yang mencecah 10 juta tontonan kerana ramai yang suka lagu ini. Kita nak kekalkan team produksi yang sama untuk lagu Cinta Tak Bertepi. Mungkin disebabkan itu ada persamaan dari segi mood lagu. Lagipun bekerjasama dengan orang yang kita sudah biasa, tidak akan ada masalah," ujarnya.

Haqiem tidak menolak bila diajak buat projek ini kerana ia dekat dengan dirinya, lagipun peminat suka karakter Haqiem!

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

Sementara itu, Sufian memberitahu Cinta Tak Bertepi sesuai dikeluarkan pada waktu sekarang biarpun ada beberapa lagu lain nyanyiannya yang sudah dirakam lebih awal.

Dalam masa sama, dia turut menjelaskan lagu ini bukan mengenai kisah cintanya, sebaliknya lagu tersebut adalah tentang perasaannya untuk pendengar muzik di Malaysia.

"Saya ada beberapa lagu yang dah siap, cuma Cinta Tak Bertepi ini adalah lagu yang sesuai untuk dikeluarkan pada waktu sekarang. Saya rasa teruja nak kongsikan lagu-lagu yang telah dirakam dengan peminat.

sufian 4

Sufian sibuk uruskan perniagaan.

"InsyaAllah bila tiba masa yang sesuai, saya akan lancarkan," ujarnya.

Selain sibuk mempromosi single baharu di media sosial, Sufian juga rancak mempromosi produk baharu, Guitar Pillow iaitu kolaborasi babypian.hq X Haqiem Rusli.

"Untuk produk terbaharu, saya berkolaborasi dengan Haqiem Rusli. Selain daripada suara saya, ada juga suara Haqiem berzikir dan trak zikir kami bersama.

"Memandangkan waktu PKP melanda, ramai yang terkesan dan untuk elak peminat rasa bosan, saya buat sesuatu yang baharu dan ini adalah waktu yang sesuai.

"Haqiem tidak menolak untuk bekerjasama dengan projek ini kerana ia dekat dengan dirinya, peminat suka karakter Haqiem yang jaga solat dan dia pula ada kelab peminat yang besar," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain