suria

Adik Eira Syazira, Syazwan Shuhaimi kejar impian jadi penyanyi... Syukur abang ipar banyak beri galakan

Syazwan Shuhaimi pertaruh single pengenalan, Sang Purnama.

BERBEKALKAN sokongan dan dorongan daripada abang iparnya yang merupakan pelakon Azad Jasmin, pendatang baharu seni suara Syazwan Shuhaimi akhirnya mempunyai keyakinan diri untuk bergelar seorang penyanyi.

Biarpun sudah mencecah usia 35 tahun, Syazwan menganggap belum terlambat untuk dirinya mempamerkan bakat dimiliki kepada pencinta muzik tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azad Jasmin syukur perkahwinan cecah 9 tahun, Eira Syazira dapat hadiah barang kemas bernilai RM15,000

"Usia bukanlah penghalang kerana bidang muzik sudah lama sebati dengan jiwa saya, bila ada peluang sebegini sudah tentu tidak akan saya lepaskan.

"Melalui muzik saya ingin memberi mesej bahawa jangan sesekali mudah putus asa dan terus mengejar impian.

"Keluarga merupakan pendorong terbesar terutamanya kakak saya, Eira Syazira, namun kalau bukan kerana abang ipar, Pak Azad (Azad Jasmin) yang push saya mungkin single ini tidak akan dizahirkan, dia merupakan biggest fan dan worst critic saya," katanya kepada mStar.

syazwan1

Abang ipar Syazwan, pelakon Azad Jasmin banyak beri galakan untuk dirinya menceburi bidang nyanyian.

Syazwan tampil dengan single pengenalan, Sang Purnama yang merupakan ciptaan bersama komposer Shazee Ishak dan Audi Mok.

"Syukur sedalam-dalamnya kerana segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil dengan terbitnya Sang Purnama. Ini merupakan rezeki yang sangat besar kerana sudah lama saya menantikan peluang sebegini.

Kalau bukan kerana abang ipar, Pak Azad (Azad Jasmin) yang push saya mungkin single ini tidak akan dizahirkan, dia merupakan biggest fan dan worst critic saya.

SYAZWAN SHUHAIMI

PENYANYI

"Sang Purnama membawa maksud metafora buat orang-orang yang kita sayang, mereka ibarat bulan yang menyinari malam hari ketika diri berada dalam kegelapan dan kesunyian. Ia boleh didedikasikan buat sesiapa sahaja yang menjadi penyeri dalam hidup kita," katanya.

Meminati penyanyi bernama besar seperti Luther Vandross, Celine Dion, Usher, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Hazami, Syazwan mengakui pengaruh muziknya lebih terarah kepada genre balada yang mempamerkan kemantapan vokal.

Sang Purnama yang diterbitkan Rocketfuel kini boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik digital.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain