suria

“Kalau sempat akak nak AJL” - Naim Daniel simpan rakaman ‘full demo’ Siti Sarah, terpulang kepada Shuib nak ‘release’ atau tak

Naim Daniel dah tunaikan permintaan Siti Sarah yang meminta lagu ciptaannya.

PENYANYI Naim Daniel mendedahkan dia sudah menyiapkan single yang dicipta khas untuk Allahyarham Siti Sarah seperti yang diminta penyanyi tersebut.

Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, Allahyarham ada menghubunginya menerusi pesanan mesej peribadi (DM) di Instagram sebaik Naim berjaya mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib ambil wuduk, kumpul kekuatan beritahu anak-anak Siti Sarah sudah tiada - “Saya cakap... ibu mereka tak akan balik rumah lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Sarah selamat dikebumi berhampiran kubur ibu

"Perbualan yang saya kongsikan itu lepas AJL tahun lepas, arwah kak Sarah ada contact saya bertanyakan boleh ke saya buat lagu untuk dia.

"Lepas tiga hari kami berhubung, terus saya dah siapkan lagu itu sebab arwah nak lagu power ballad yang mungkin boleh bawa sehingga masuk ke AJL.

TONTON VIDEO LUAHAN BAPA SITI SARAH!

"Saya hantar demo lagu itu dan dia sangat suka lagu tersebut... tapi sampai sekarang lagu itu tertangguh untuk direkod sebab arwah pun ada beberapa perancangan lagu yang dia tengah susun pada ketika itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Naim turut berkongsi yang Sarah juga sudah menyanyikan lagu demo tersebut dan menghantar semula pesanan voice note berkenaan kepadanya.

"Arwah kak Sarah dah siap nyanyi full demo dan bagi balik voice note tu kepada saya... memang sangat sedap dia nyanyi, tapi saya dah tak tahu di mana folder tersebut.

"Tapi saya rasa abang Shuib mungkin simpan lagi voice note tersebut... lagu itu belum ada tajuk tapi abang Shuib sebelum ini pernah cakap tajuk Sendiri macam sesuai dengan lagu itu.

naim sarah

Naim berkongsikan perbualannya dengan Siti Sarah di Instagram.

"Kak Sarah plan nak buat yang terbaik untuk lagu itu sampaikan dah rancang nak ambil khidmat music arranger dari Indonesia... tapi semua itu tidak kesampaian.

"Kita tengok macam mana nanti, semuanya terserah pada abang Shuib sama ada mahu releasekan lagu itu atau tidak sebab saya percaya rakaman full demo kak Sarah itu ada lagi padanya," ujarnya.

Mengenali peribadi Siti Sarah secara dekat, penyanyi lagu Sumpah itu menyifatkan Allahyarham seorang individu yang sangat baik dan ceria.

Saya hantar demo lagu itu dan dia sangat suka lagu tersebut... tapi sampai sekarang lagu itu tertangguh untuk direkod sebab arwah pun ada beberapa perancangan lagu yang dia tengah susun pada ketika itu.

NAIM DANIEL

PENYANYI, KOMPOSER

"Bila kita tengok arwah kat Instagram, begitu jugalah dia di luar. Kak Sarah memang seorang yang sangat happy go lucky.

"Tak sangka minggu lepas kita tengok video dia masak-masak di Instagram, hari ini (Isnin) dia dah tiada.

"Saya harap pemergian kak Sarah dapat buka mata semua orang yang Covid-19 ini bukan (isu) main-main lebih-lebih lagi buat golongan anti vaksin," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

siti sarah fam

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak dengan Allahyarham Siti Sarah.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain