suria

Coki masuk kelas tuisyen ‘online’, mula rasa ‘cuak’ takut ketinggalan pelajaran - “Saya pun nak cemerlang SPM”

Coki bersyukur diberi peluang untuk meningkatkan prestasi akademiknya.

MENGAKUI agak ketinggalan dalam pelajaran, pelakon Coki yang memilih untuk mengikuti proses pembelajaran dari rumah atau homeschooling berkata dia perlu menggandakan usaha sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Bagaimanapun ujar Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 16, keputusannya mengikuti pengajian secara dalam talian di Pusat Tuisyen Idea Unggu (PTIU) banyak membantunya untuk mengulangkaji pelajaran.

"Sejak ikut PTIU ni prestasi saya semakin meningkat. Sebelum ni saya banyak ketinggalan dalam pelajaran sepanjang di tingkatan 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Coki tak main-main, serius mahu tunjuk bakat lakonan - “Saya tak anggap diri sebagai instafamous tapi pendatang baharu”

"Alhamdulillah apabila masuk kelas di PTIU ni saya mudah faham apa yang dipelajari," katanya kepada mStar.

Menurut pelakon filem Petaka ini, dia bersyukur apabila diberi kepercayaan untuk menjadi duta PTIU bagi mengajak golongan muda sepertinya untuk berjaya dalam pelajaran.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Coki jadi duta PTIU

"PTIU beri kepercayaan kepada saya untuk ajak pengikut saya sama-sama berjaya dalam pelajaran.

"Ia banyak membantu saya dalam pelajaran, tak pernah lagi jumpa pusat tuisyen macam ni kerana cara mereka memang berbeza.

"Saya taknak sia-siakan peluang ni kerana ia membantu saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM tahun depan," katanya.

Saya taknak sia-siakan peluang ni kerana ia membantu saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM tahun depan

COKI

PELAKON

Tambah Coki, sebagai pelakon dan selebriti media sosial dia berdepan kesukaran untuk membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran.

Namun katanya pembelajaran secara dalam talian di pusat tuisyen berkenaan merupakan penyelesaian terbaik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Orang kata sebagai influencer dan seseorang yang terlibat dalam industri hiburan ni kena pandai agihkan masa kerja dan pelajaran.

Coki meletakkan harapan yang tinggi untuk cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

"Jadi saya luangkan masa untuk belajar bersama guru-guru di PTIU sebanyak dua atau tiga kali dalam seminggu... Saya kena seimbangkan.

"Semua pelajar sasarkan untuk dapat stright A. Saya memang berharap untuk mendapat keputusan cemerlang pada tahun hadapan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Coki, PTIU, duta, target cemerlang SPM

Artikel Lain