suria

Azhan Rani penat ‘update’ MySejahtera menanti giliran dapat vaksin... keliru sampai bila nak tunggu

Azhan kongsi paparan skrin info di aplikasi MySejahtera.

LUAHAN pelakon Azhan Rani yang kecewa kerana masih tidak menerima panggilan untuk suntikan vaksin menarik perhatian netizen di laman Instagram miliknya.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Azhan berkata perkongsian itu bukan bermaksud ingin memprotes atau menghentam mana-mana pihak namun dia sama seperti orang lain yang mengharapkan suntikan vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Azhan Rani pula ‘sound’ Zed Zaidi - “Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu”

Setiap hari memeriksa aplikasi MySejahtera, Pelakon berusia 46 tahun ini juga berharap agar diberi penjelasan yang tepat mengenai tempoh untuk menunggu.



Azhan kongsi luahan itu di Instagram miliknya.

"Saya bukan nak protes atau nak menghentam sesiapa... saya macam orang lain juga yang berharap untuk mendapatkan suntikan vaksin.

"Setiap hari saya menunggu, nak kata salah letak info, saya dah periksa memang betul dan tak ada kesalahan pun. Tapi bila buka aplikasi MySejahtera, asyik diminta untuk update saja.

"Saya tahu kena tunggu tapi sekurang-kurangnya, kena la beri penjelasan yang tepat supaya kita tak keliru bila sebenarnya kita sepatutnya dapat vaksin itu," kata Azhan ketika dihubungi mStar.

Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tapi mungkin boleh beri penjelasan lebih tepat.

AZHAN RANI

PELAKON

Sebelum ini, pelakon drama siri Nur itu berkongsi paparan skrin maklumat dirinya yang sudah mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera namun masih menunggu giliran sehingga kini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata netizen di ruang perkongsian tersebut turut berkongsi nasib yang sama dengan aktor itu dan berharap diberikan suntikan vaksin secepat yang mungkin.

Dalam pada itu, Azhan yang sudah mendaftar vaksin sejak Februari lalu memberitahu dia enggan menunding jari kepada mana-mana pihak namun berharap sistem atau aplikasi itu diperbaharui menjadi lebih baik.



Azhan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Mungkin ada kelemahan pada sistem atau aplikasi. Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tapi mungkin boleh beri penjelasan lebih tepat.

"Kalau orang yang ada masa dengan tengok handphone saja, tak apa la juga. Kalau kena dekat orang yang tak ada pengetahuan sangat fasal teknologi telefon ni macam mana?

"Setiap hari saya tengok berita asyik kata orang tak daftar vaksin... tapi orang yang daftar vaksin tak dapat-dapat lagi ini macam mana pula? Bila saya baca komen, rupa-rupanya ramai senasib dengan saya," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain