suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rody Kristal positif Covid-19 selepas jadi kontak rapat adik ipar - “Nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh dan menggigil”

Rody bersama anak buahnya yang juga disahkan positif Covid-19.

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang dijangkiti wabak tersebut terlebih dahulu.

Menurut Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, adik iparnya mengalami demam selama tiga hari dan isteri serta anak mereka turut dijangkiti Covid.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pertama usia setahun, isteri Rody (Kristal) hamil lagi - “Dulu tanya bila nak kahwin... sekarang amboi lajunya, kenapa dekat sangat?”

Tambahnya lagi, jangkitan itu berlaku disebabkan mereka kini menetap di rumah ibu bapanya sejak dua bulan lalu.



Rody luah rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya di Instagram.

"Saya disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan pada semalam (Sabtu). Saya lakukan swab test selepas menjadi kontak rapat adik ipar yang juga disahkan positif.

"Dia sudah tiga hari alami demam dan bila buat swab test, keputusan positif. Adik saya dan anak mereka juga positif. Mereka sekeluarga memang duduk bersama ibu bapa saya.

"Kebetulan, kereta saya berada di bengkel selama hampir dua bulan sebab rosak. Jadi, saya tak ada kenderaan dan terpaksa menumpang rumah mak sebab nak pinjam kereta bapa bila ada kerja," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Rody berkongsi berita sedih mengenai dirinya dijangkiti Covid menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad dan rata-rata netizen mendoakan agar pemuzik itu dan adik serta keluarganya cepat sembuh.

Masa selepas tahu adik dan suaminya positif, keadaan saya ok lagi... tak ada rasa apa-apa.

RODY

GITARIS KRISTAL

Dalam pada itu, Rody meluahkan rasa syukur apabila ibu bapanya dan isteri, Niena Azman, serta dua orang anak mereka tidak dijangkiti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berkongsi mengenai simptom, Rody memberitahu dia ada mengalami sakit kepala dan badannya menggigil pada malam sebelum melakukan ujian calitan.

"Alhamdulillah, keputusan swab test isteri, anak dan ibu bapa saya negatif dan mereka kini tinggal di rumah saya. Manakala saya kuarantin di rumah ibu bapa bersama adik, suaminya dan anak mereka.



Isteri dan dua orang anak Rody tidak dijangkiti Covid-19.

"Masa selepas tahu adik dan suaminya positif, keadaan saya ok lagi... tak ada rasa apa-apa. Tapi bila dah malam, baru mula batuk, nak tidur pun tak selesa sebab berpeluh tapi badan menggigil.

"Bangun pagi tu memang rasa tak sedap badan... habis badan jadi sengal-sengal, sakit kepala dan sendi-sendi sakit. Sebab itu saya terus pergi klinik buat swab test dan keputusan tak baik... saya positif," ujarnya.

Rody berkahwin dengan Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan di Kulai Johor pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah yang lahir pada 7 Julai tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain