suria

Bukan sahaja kereta warna sama, Abby Abadi dedah kongsi ‘taste’ dengan Memey Suhaiza - “Suka pakai baju sama patern, sama warna!”

Abby akui hubungannya dengan Memey semakin akrab sejak kebelakangan ini.

PERSABATAN erat yang terjalin antara pelakon Abby Abadi dan Memey Suhaiza terus menerima pujian netizen yang mengagumi ikatan perhubungan dua keluarga besar ini.

Lebih menarik lagi, Abby mendedahkan dia dan Memey memiliki citarasa dan minat yang sama.

"Bila dah makin rapat kami kena akui kami memang banyak persamaan, kan Memey Suhaiza?

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi kongsi rahsia jalin hubungan baik bersama Norman, Memey

"Taste yang sama dalam banyak hal... sebab tu semakin hari semakin mendalam kasih sayang kami. Kalau boleh tiap hari nak jumpa. Buat apa pun sama-sama... Norman Hakim tak ada pun tak apa.

"Apa yang saya suka, tengok-tengok Memey pun suka, apa yang Memey makan sedap saya pun makan sedap juga. Kalau tak sedap, sama-sama tak selera. Mengada dan over kan?" katanya menerusi Instagram, baru-baru ini.



Abby dan Memey banyak berkongsi minat yang sama.

Sebelum itu, menerusi laman sama, Memey berkongsi keterujaan apabila kereta miliknya dan Abby ditukar dengan warna kegemaran yang sama iaitu rose gold matte.

Selain minat warna yang sama, Abby berkata dia dan Memey sering berkongsi banyak perkara termasuklah perancangan untuk keluarga.

Suka berjalan memang penyakit utama kita orang, lepas itu suka shopping dan suka kongsi apa yang ada bersama!

ABBY ABADI

PELAKON

"Suka berjalan memang penyakit utama kita orang, lepas itu suka shopping dan suka kongsi apa yang ada bersama.

"Suka belanja-belanja, suka set kan itu ini... suka pakai baju sama patern, sama warna... banyak lagi nanti kita suruh Memey sambung pula!” ujarnya.



Abby bersama suami dan Norman bersama isteri, Memey.

Hubungan antara Abby, Norman dan Memey Suhaiza sering mendapat perhatian netizen di laman sosial apabila mereka seronok melihat keakraban mereka berdua biarpun sudah bercerai.

Abby dan Norman bercerai pada 2008 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 18, Marissa Dania Hakim, 17, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 13 tahun.

Abby berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan bahagia sehingga kini.

Manakala, Memey atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September 2011.

Pasangan ini pula dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 6, serta Mikayla Delisha Hakim, 3 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain