suria

Siti Elizad takut suami bosan, enam tahun kahwin tapi belum ada anak - “Kita masih berdua, saya belum ada rezeki nak bagi awak zuriat sendiri”

Elizad pernah mengalami keguguran tahun lalu.

HASRAT pelakon Siti Elizad Sharifuddin untuk mendiami kediaman baharu bersama anak sulungnya masih belum kesampaian apabila dia disahkan mengalami keguguran pada November tahun lalu.

Menerusi coretan di Instagram sempena meraikan ulang tahun keenam perkahwinannya, aktres itu berharap suami, Shamsul Baharin Rahman tidak bosan dengannya kerana masih belum mampu memberikan zuriat bagi memeriahkan rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Elizad keguguran selepas jalani proses IVF, akui merajuk hati dan berkurung - “Allah hadirkan rasa gembira itu hanya seketika”

"Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan 2021 siap, kami ada zuriat sendiri.

"Nampaknya kita masih lagi berdua sayangku.

"Sangat berharap yang awak tidak akan bosan dengan memandangkan saya belum ada rezeki nak bagi awak zuriat sendiri," katanya.

Memasuki tahun keenam perkahwinan, Elizad masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

Dalam entri itu juga, Elizad menzahirkan ucapan penghargaan buat suami yang sentiasa sabar sepanjang perkahwinan mereka selain berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Selamat ulang tahun keenam sayangku. Terima kasih selalu layan, sabar dan melindungi saya.

"InsyaAllah kita sama-sama berdoa dan terus berdoa lagi.

Sangat berharap yang awak tidak akan bosan dengan memandangkan saya belum ada rezeki nak bagi awak zuriat sendiri.

ELIZAD SHARIFUDDIN

PELAKON

"Nampaknya isteri awak ni terpaksa jadi 'baby kecil' untuk memeriahkan keluarga kecil kita. Saya sayangkan awak hingga ke syurga," katanya.

Perkongsian Elizad turut menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat.

Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Aktres itu sebelum ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran pada November tahun lalu selepas seminggu disahkan hamil.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain