suria

Fizz Fairuz mulakan misi bantuan banjir di Pahang - “Sedih sangat... ada yang nak masuk rumah pun kena korek tanah dulu”

Fizz Fairuz turut bersimpati dengan nasib mangsa banjir di Pahang.

SEBAGAI anak jati Pahang, pelakon Datuk Fizz Fairuz terpanggil untuk memberikan bantuan kepada penduduk negeri itu yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Menerusi laman Instagramnya, Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia dalam misi menyerahkan barang bantuan seperti tilam, selimut dan bantal kepada penduduk yang terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang dah tolak job, tiba-tiba batal... kesian suami kena game”- Almy Nadia hilang sabar orang mainkan Fizz Fairuz

"Kami dalam misi untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir. Bukan sahaja kena banjir, ada juga penduduk yang rumah mereka terbakar.

"Misi kami untuk serahkan bantuan ini dengan menyasarkan seramai 100 buah keluarga untuk setiap daerah yang kami pergi.

Ada yang nak masuk rumah mereka kena korek tanah dulu baru boleh masuk rumah.

DATUK FIZZ FAIRUZ

PELAKON

"Sekarang ini keperluan makanan, minuman dan pakaian memang dah banyak, mereka (mangsa banjir) amat memerlukan keperluan lain seperti bantal, selimut dan tilam selain perkakasan untuk membersihkan rumah seperti penyapu, baldi dan bakul.

"Kami akan masuk ke kawasan pedalaman dahulu sebab ada di antara mereka yang masih tak dapat bantuan disebabkan terputus jalan," katanya.

Fizz dan isteri, Almy sama-sama turun padang ke Pahang.

Pelakon filem Munafik itu juga berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu memberikan sumbangan boleh berhubung secara langsung dengannya menerusi kiriman direct message (DM) di Instagramnya.

"Kami cuba membantu sebaik yang mungkin dan saya juga perlukan sumbangan anda. Jika sesiapa ada yang mahu menyumbang, boleh DM kepada saya.

"Kalau anda tengok memang sedih sangat-sangat.

"Ada yang nak masuk rumah mereka kena korek tanah dulu baru boleh masuk rumah... sama-sama kita bantu mana yang boleh," ujarnya.

Menerusi laporan media, jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 26,540 orang setakat ini.

Temerloh mencatatkan bilangan mangsa tertinggi sebanyak 12,045, diikuti Maran (3,728), Pekan (2,406), Lipis (2,330), Raub (1,788), Bera (1,551), Jerantut (1,493) Kuantan (999) dan Rompin (200).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard

Gajah mati dibaling tayar sedang terbakar