suria

Loca B tak mahu terlalu terbuka kongsi kisah peribadi - “Saya ibu tunggal sebelum berkahwin dengan Tuju”

Loca selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Aiko Bintang pada November lalu.

PENYANYI rap Loca B mengakui dia memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya kepada umum.

Menurut Loca, dia enggan berkongsi perkara yang melibatkan keluarganya kerana bimbang menerima gangguan daripada pihak tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi dikasari jadi pengajaran, Loca B, Tuju kongsi kisah cinta dalam lagu 'Empati'

Loca bagaimanapun mendedahkan dia adalah ibu tunggal yang mempunyai seorang cahaya mata sebelum berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju.



Loca B seorang ibu tunggal anak seorang sebelum berkahwin dengan Tuju.

"Saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi kerana ada perkara yang melibatkan keluarga saya yang tidak boleh dikongsikan kepada umum.

"Ada perkara yang memang saya simpan sendiri. Bagi saya, lebih baik saya tidak berkongsi daripada nanti ada pihak yang menganggu.

"Sekarang ini semua orang dah tahu la yang saya ada anak. Orang tak perlu tahu pun cerita yang lebih dalam mengenai kehidupan peribadi saya.

Bagi saya, kelahiran baby kali ini lain sebab saya dapat rasa menjadi seorang ibu semula.

LOCA B

PENYANYI RAP

"Saya tak boleh nak kongsi banyak tapi sebelum saya dan Tuju berkahwin, saya adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak," kata Loca B kepada mStar.

Loca B ditemui ketika majlis sesi ramah mesra bersama barisan finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Khamis.

Pada 24 November lalu, Tuju ketika muncul di program MeleTOP mengumumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Bintang Aiko.

Penyanyi rap itu juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Yusuf Alezander yang kini berusia lima tahun hasil daripada perkahwinanya terdahulu.



Loca memberitahu dia dan Tuju sudah berkahwin secara sah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gila ini memberitahu dia kini masih mencuba menyesuaikan diri untuk menjadi seorang ibu kembali selepas lima tahun.

"Saya masih tengah nak susun semula jadual kerjaya dan keluarga tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sebab sekarang pun saya hanya fokus pada AJL.

"Bagi saya, kelahiran baby kali ini lain sebab saya dapat rasa menjadi seorang ibu semula. Kena belajar semula perkara asas sebagai seorang ibu.

"Sekarang saya bekerja, jadi agak sibuk. Ada masa bila kerja, saya dapat masa untuk diri sendiri. Bila di rumah, saya galas tanggungawab sebagai seorang ibu pula," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain