suria

Yana Samsudin terhibur tengok suami sibuk uruskan dua anak - “Dulu tak cukup tidur, sekarang tak cukup tangan”

Perkahwinan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari diserikan dengan dua cahaya mata.

KEHADIRAN cahaya mata kedua awal bulan lalu memberi kehidupan berbeza buat pelakon Yana Samsudin dan suaminya pengarah Fadzil Zahari.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 36, berkata, jika sebelum ini suaminya mahukan anak ramai namun berubah fikiran selepas terpaksa bersengkang mata menjaga anak kedua mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin selamat bersalin anak kedua, cuti dua bulan dari main ‘game online’ - “Fadzil Zahari akan ganti... sokonglah, dia pun kelakar juga”

Menerusi laman Instagramnya, Yana berkongsi video Fadzil yang juga merupakan adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil sedang melayani anak-anak mereka ketika dia sedang berpantang.

"Dulu tak cukup tidur, sekarang tak cukup tangan. Sebelum lahir... Sayang nak anak ramai... ramai baru meriah rumah kita".

"Bila dah lahir... Sayang, yang ada ni pun dah syukur... ujar ketua rumah yang bermata panda,"kata Yana.

Yana berkongsikan video suaminya, Fadzil yang komited menjaga anak mereka.

Video itu juga menunjukkan Fadzil seperti tidak cukup tidur dan sedang mendodoikan anak mereka.

Pelakon Bini Bini Ku Gangster ini selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 7 November lalu di sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor.

"Mesti ramai macam ni kan? Tag pasangan anda yang bermata panda itu," kata Yana berseloroh.

Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Aisy Mateen, 4.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain