suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alif Satar mohon doa... Ibu, bapa dan adik juga positif Covid-19

Ibu bapa Alif turut disahkan positif Covid-19.

SELEPAS pengacara Alif Satar disahkan positif Covid-19, ibu, bapa serta adiknya turut dijangkiti wabak itu dan kini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pengurusnya, Adlina Abu Bakar mengesahkan perkara itu dan memberitahu isteri penyanyi itu iaitu Sha Dila Halid dan tiga anaknya sudah menjalani ujian saringan pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar minta maaf, rakan artis terlibat SFMM35 terpaksa jalani 'swab test' - “Ini bukan salah awak! Jangan fikir bukan-bukan”

Tambah Adlina, penyanyi itu meminta peminat-peminatnya mendoakan isteri dan tiga orang anaknya bebas daripada dijangkiti COVID-19.

“Alhamdulillah di okey, namun sedang dalam pantauan doktor. Dia bimbang keadaan isteri dan anak-anaknya," ujarnya.

Alif bersama pengurusnya Adlina dan ahli kumpulan The Locos.

Pada Ahad, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, memaklumkan dirinya positif COVID-19.

Alif turut memohon maaf atas segala kesulitan ini dan meminta doa agar diberikan kesembuhan serta kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

Dalam perkembangan sama, Adlina berkata, keputusan ujian saringan dia dan ahli kumpulan The Locos yang mengiringi Alif pada malam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 didapati negatif dan tidak dijangkiti.

Adlina berkata, dia menerima keputusan ujian itu pada pagi Isnin.

“Alhamdulillah, syukur sangat dan band Alif pun semua negatif.

“Saya perlu menjalani kuarantin 14 hari dan akan menjalani ujian kedua pada hari ke-12, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia