suria

Lawrence Wong terima 5,000 surat setiap hari gara-gara drama ‘Story Of Yanxi Palace’

Lawrence tersenarai antara 35 artis berpengaruh di China.

TUAH bagi pelakon kelahiran Johor Bahru, Lawrence Wong apabila mencipta populariti mendadak selepas drama lakonannya, Story Of Yanxi Palace mencipta fenomena seluruh dunia.

Lawrence yang membawa watak pengawal istana bernama Hai Lan Cha itu berkata, banyak kemanisan diraih selepas membintangi drama berkenaan dan ia secara tidak langsung menjadi kejayaan terbesar dalam kerjaya lakonannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jehan Miskin & Lawrence Pernah 'Curi' Produk Kecantikan

"Ya, memang benar, tetapi saya turut meraikan kejayaan kecil yang dianggap sebagai kejayaan dalam kerjaya saya.

"Ini juga kejayaan yang tidak pernah saya anggap remeh kerana saya berada di sini hasil daripada kerja sebelum ini. Saya sangat berterima kasih," katanya.

Lawrence membawakan watak pengawal di istana dalam drama Story Of Yanxi Palace.

Berikut adalah fakta menarik tentang Lawrence yang ramai tak tahu:

1. Lawrence berusia 32 tahun menceburi dunia lakonan di Singapura pada tahun 2002 menerusi drama Moulmein High sebagai pelakon tambahan.

2. Drama Story Of Yanxi Palace yang bersiaran 70 episod itu mendapat jumlah tontonan mencecah 15 bilion di platform tontonan digital popular dari China, iQIYI.

3. Dipasarkan ke lebih 70 negara di seluruh dunia, drama bersiri itu menjadi salah drama televisyen yang terbesar di Asia pada 2018, malah menjadi drama epik popular selepas drama My Fair Princess.

4. Sejak muncul dalam drama arahan Hui Kaidong dan Wen Deguang itu, pengikut akaun Weibo Lawrence dilaporkan melonjak dari 600,000 ke tiga juta.

5. Lawrence turut mendapat 5,000 surat peminat setiap hari.

6. Drama itu juga meletakkan nama Lawrence dalam senarai 35 artis berpengaruh di China.

Lawrence mulakan kerjaya seni di Singapura.

Penonton boleh mula menonton siri Story of Yanxi Palace dan melihat katalog program iQIYI dengan judul drama China, Korea dan Melayu.

Antara drama tempatan serta Asia yang dapat ditonton menerusi platform itu termasuklah Kampung People 2,7 Hari Mencintaiku 2, Tale of the Nine Tailed, 18 Again, Backstreet Rookie, Love is Sweet dan My Unicorn Girl.

Ia boleh ditonton dengan cara penstriman di iQIYI sama ada melalui telefon pintar atau komputer menerusi pautan www.iQ.com atau muat turun di aplikasi IQIYI serta daftar akaun pengguna secara percuma.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain