suria

Isteri, anak kena kuarantin, Shuk Sahar terpaksa tinggal di hotel… Jumpa anak hanya depan pagar

Shuk luah rasa rindu terhadap anak sulungnya, Nur Qurratu Ain.

PELAWAK Shuk Sahar berkongsi pengalaman dia terpaksa menahan kerinduan terhadap isteri dan anak-anaknya selepas dua minggu terpaksa berjauhan berikutan keluarganya menjalani kuarantin di rumah.

Tidak dapat menahan lagi perasaan itu, Shuk, 34, pulang ke rumah untuk bertemu keluarganya biarpun terpaksa melihat dari jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berenggang dengan isteri selepas isu curang, Shuk Sahar akui buat kesilapan - “Saya akan cuba pertahankan keluarga saya!”

"Ayah rindu Ain tapi tak dapat peluk Ain," kata Syuk menyebut salah seorang daripada dua anaknya.



Shuk berkongsi video ketika dia bertemu dengan anak-anaknya di luar rumah.

Menurut Syuk, sudah hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan keluarganya dan tidak dapat membayangkan rasa rindu untuk memeluk mereka semua.

"Disebabkan keluarga saya kena kuarantin, saya langsung tak dapat nak jumpa. Jadi, saya ambil keputusan untuk jumpa juga mereka walaupun hanya di depan pagar rumah," katanya.

Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar ini turut memuat naik video dia bertemu dengan anaknya di luar rumah yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi rakaman tersebut, Shuk hanya berdiri di luar rumah dan berborak dengan dua orang anak perempuannya.

Disebabkan keluarga saya kena kuarantin, saya langsung tak dapat nak jumpa.

SHUK SAHAR

PELAWAK

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen dan rakan selebriti antaranya Ramona Zam Zam dan Fizie Hot FM.

Dalam pada itu, Shuk memberitahu dia terpaksa menetap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya di Petaling Jaya, berikutan anak-anak serta isteri perlu kuarantin di rumah selepas pulang dari Sabah.

"Sebenarnya selama beberapa hari ini saya bukan duduk di rumah sebab isteri dan anak-anak bawa balik dari Sabah... jadi, mereka self-quarantine di rumah dan saya kena keluar.



Shuk dan isteri mempunyai dua orang anak perempuan.

"Saya duduk dekat hotel berdekatan dengan pejabat. Hari ini saya rasa rindu sangat dengan mereka... nak pergi tengok mereka. Dapat tengok depan pintu pun jadilah," ujarnya.

Isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bersama dua orang anak mereka sudah selesai menjalani kuarantin sejak minggu lalu selepas pulang dari kampung halamannya di Sabah pada awal Oktober lalu.

Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain