suria

GV7 tetap bersiaran secara langsung di Putrajaya tanpa kehadiran penonton

14 peserta tetap meneruskan perjuangan di pentas GV7.

KONSERT Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) tetap akan diadakan secara langsung biarpun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan bermula Rabu hingga 27 Oktober depan.

Bagaimanapun Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, konsert kedua dan ketiga yang jatuh dalam tempoh PKPB itu akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Tirai GV7 dibuka, persembahan Noraniza Idris dan Mus May curi perhatian - “35 tahun menyanyi... masih bertenaga!”

"Bagi mematuhi garis panduan dan syarat SOP pihak berkuasa sepanjang tempoh PKPB, pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan pertandingan nyanyian GV7 seperti yang telah dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton.

Hanya krew produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi.

EMARINA MOHD KAMAL

PENGURUS SALURAN ASTRO RIA

"Dengan keputusan tersebut, penganjuran dua buah konsert mingguan yang kebetulan jatuh ketika tempoh fasa PKPB pada 18 Oktober dan minggu ketiga pada 25 Oktober ini akan tetap bersiaran secara langsung PICC seperti biasa," katanya.

Konsert mingguan GV7 akan bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Selain Putrajaya, PKPB turut dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dan berkuatkuasa selama dua minggu.

12 peserta solo GV7 terdiri daripada Noraniza Idris, Haslinda, Yantzen, Nomad, Aju, Oja, Mus May, Clif Umar, Ashira, Rozita Izlyn, Ayu Damid dan Nanuwil.



Pengacara GV7, Jihan dan Datuk AC Mizal yang mengantikan Nabil Ahmad.

Dua lagi mewakili kumpulan iaitu Indigo dan Eva yang juga bersaing di pentas program realiti tersebut.

Dalam pada itu, Emarina memberitahu demi mengawal jumlah bilangan kehadiraan, hanya krew produksi dan tenaga kerja yang berdaftar saja yang dibenarkan berada di lokasi.

"Namun begitu, hanya krew produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa.

"Sebarang perubahan mengenai penganjuran untuk konsert minggu keempat dan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada perkembangan situasi semasa wabak Covid-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa, sekiranya ada," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain