“Alhamdulillah... anak-anak seni boleh teruskan penggambaran” - Didie Alias lega boleh bekerja, mohon rakan-rakan perketat SOP

Didie nasihatkan rakan seperjuangan perketat SOP.

PENERBIT dan pelakon Didie Alias menarik nafas lega dan meluahkan rasa syukur apabila aktiviti penggambaran drama dan filem dibenarkan selepas tiga kawasan dikuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Rabu.

Bagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 48, menasihatkan rakan-rakan seperjuangannya menghargai peluang itu dengan memperketatkan prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PKPB kembali dilaksana di Selangor, KL dan Putrajaya bermula Rabu

"Alhamdulillah... anak-anak seni boleh teruskan penggambaran drama dan filem. Yang penting kena perketatkan SOP. Kita jaga kita, pakai mask dan hand sanitizer," kata Didie.

Alhamdulillah... anak-anak seni boleh teruskan penggambaran drama dan filem.

DIDIE ALIAS

PELAKON

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan luahan kesyukuran selebriti tempatan antaranya Zulin Aziz, Anita Baharom dan Anne Abdullah.



Didie memuat naik perkara itu di laman sosialnya.

Terdahulu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan bahawa aktiviti penggambaran adalah dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB.

Finas dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, semua syarikat produksi perlu mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB akan dilaksanakan bermula 12.01 malam, Rabu sehingga 27 Oktober ini.

Walau bagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain