suria

Aktiviti penggambaran dibenarkan di kawasan PKPB

Penggambaran rentas daerah perlu mohon kebenaran PDRM

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan bahawa aktiviti penggambaran adalah dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Finas dalam satu kenyataan kepada mStar berkata, semua syarikat produksi perlu mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

ARTIKEL BERKAITAN: Uji bakat dalam talian, tiada babak sentuhan dan tidak lebih 20 orang antara syarat penggambaran dalam tempoh PKPB

ARTIKEL BERKAITAN: Finas ingatkan produksi patuh SOP, elak penggambaran di Zon Merah

"Finas merujuk kepada sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 12 Oktober 2020 yang menetapkan pelaksanaan PKPB di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa pada 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.



Finas ingatkan perketat SOP ditetapkan.

"Sehubungan itu, Finas ingin memaklumkan kepada semua syarikat produksi bahawa aktiviti penggambaran adalah dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak MKN meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan," tulisnya.

Bagaimanapun, bagi produksi yang ingin menjalankan penggambaran melibatkan rentas daerah perlu memohon kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui permohonan atas talian.

Finas berharap semua syarikat produksi dapat membiasakan diri dengan amalan norma baharu dan mengelakkan sebarang aktiviti penggambaran di kawasan yang diklasifikasikan sebagai Zon Merah.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat di talian 03-7968 2182 atau emel di [email protected].

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain