Syifa, Syatilla Melvin kini jutawan kosmetik, nafi guna 'cable' sebagai jalan pintas untuk berjaya

Syida (kiri), Syatilla, Syifa dan Syafiqa Melvin lancar produk kosmetik jenama Kekasih.

SELEBRITI instagram dan model Syifa Melvin mengakui dia dan tiga orang adik-beradiknya termasuk pelakon Syatilla Melvin kini sudah berstatus jutawan.

Menurut Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, kejayaan yang dicapai merupakan hasil kerja keras mereka tanpa menggunakan pihak lain sebagai jalan pintas seperti didakwa segelintir pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin kongsi rahsia rezeki melimpah ruah - “Bulan pertama kami hadiahkan ibu dan ayah kereta baru”

"Alhamdulillah, syukur... semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian-Nya. Jadi, segala dakwaan sebelum ini tidak benar.



Syatilla (kanan), Syafiqa, Syifa dan Syida kini bergelar jutawan kosmetik.

“Kami beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan. Apa-apa pun, kami masih banyak perkara yang perlu belajar dalam bidang perniagaan.

“Yang penting, kami gembira kerana apa yang diusahakan mendapat respon positif peminat yang menjadi pelanggan. Keutamaan kami adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain," kata Syifa kepada mStar.

Syifa dan adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syida serta Syafiqa Melvin ditemui ketika majlis pelancaran produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pada Rabu.



60 papan iklan dipasang setiap lebuh raya.

Pada majlis yang sama, mereka turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.

Dalam pada itu, Syifa mendedahkan mereka melabur kira-kira setengah juta bagi memasang 60 papan iklan di setiap lebuh raya di Malaysia.

Mereka juga dalam perancangan menambah lebih banyak lagi papan iklan bagi mengukuhkan jenama produk kosmetik itu dalam masyarakat.

“Setakat ini sudah 60 papan iklan menghiasi lebuh raya di utara, selatan, pantai timur dan Lembah Klang. Kira-kira setengah juta sudah dibelanjakan untuk papan iklan ini.

“Insya-Allah kami dalam perancangan untuk menambah lebih banyak lagi papan iklan di seluruh negara. Doakan semoga perniagaan ini akan terus berjaya dan menerima sambutan luar biasa, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain