suria

Isteri Ajak sedih anak murid meninggal dunia, sempat rakam foto terakhir sebelum arwah terlibat kemalangan

Isteri kepada Ajak, Afifah sempat mengambil foto anak muridnya sebelum arwah kemalangan.

ISTERI kepada penyampai radio Suria FM Ajak iaitu Afifah Amin meluahkan perasaan sedih atas pemergian anak muridnya, Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith pada petang, Selasa.

Afifah berkata dia sempat bertemu dan merakam foto remaja itu pada sebelah pagi sebelum arwah terlibat dalam kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ajak (Shiro) masuk hospital akibat denggi - “Dia seperti jantung dalam rumah kami... bila sakit semua jadi sunyi”

Menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu, Afifah menyifatkan arwah seorang yang baik serta tidak pernah bercakap kasar terhadap dia dan guru yang lain.

Berbual dengan saya pun dia tersebut nama arwah kimi.

AJAK

PELAWAK

"Al-Fatihah buat anak muridku... Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith. Tenanglah dikau di sana. Baik tingkah-lakunya... tak pernah berkasar suara.

"Bila diusik senyum ke telinga. Semoga dipermudahkan dikau ke syurga. Ini gambar pagi sebelum kemalangan petangnya. Nanti tarik cikgu ke syurga ya nak," katanya.

Afifah merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka di Nilai, Negeri Sembilan.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi ucapan takziah netizen yang mendoakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.



Ajak berkongsi foto isteri dia menziarahi pusara arwah anak muridnya.

Dalam pada itu, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak memberitahu isterinya masih dalam keadaan bersedih sejak mendapat perkhabaran tersebut.

"Pagi semalam (Selasa) baru dia jumpa anak murid dia. Sebelah petang dapat khabar anak murid dia meninggal kemalangan. Dari semalam dia sedih.

"Sampai berbual dengan saya pun dia tersebut nama arwah Kimi. Katanya arwah seorang yang baik, murah senyuman dan tak pernah melawan guru.

"Itu yang buatkan cikgu-cikgu dia sedih bila dia pergi. Semoga ditempatkan bersama insan yang beriman. Al-Fatihah Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith," kata Ajak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain