Gila! Nabila Huda habiskan 70 peratus gaji untuk ‘go all out’ cipta stail sendiri - “I'm very fussy, benci fikir last minute"

Nabila membuat persiapan sebulan awal untuk jadi juri program terbaharu.

MENGALAS tanggungjawab sebagai juri tetap program The Masked Singer Malaysia, pelakon Nabila Huda memberitahu dia sudah membuat persiapan sejak sebulan lalu.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 36, dia sanggup menghabiskan 70 peratus bayaran yang diterima untuk tampil bersesuaian dengan konsep program nyanyian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Video menangis teresak-esak ketakutan, rupa-rupanya Nabila Huda hanya berlakon - “Saya rasa bersalah pula!”

"Semua orang tahu Abil kalau kat drama atau filem memang tak suka make up dan kebanyakkan karekter Abil mesti naked face saja. Tapi bila Abil jadi pengacara atau juri, Abil mesti go all out dan saya akan cipta stail sendiri.



Nabila berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

"Buat research dan sepakat dengan team yang Abil percaya mereka boleh tunaikan setiap permintaan. Untuk #themaskedsingermalaysia special sikit kali ni, me and my team dah buat persiapan sebulan awal.

"Baju Abil custom dan dah siap dengan mood board. Jadi, semua dah rancang dan tersusun dengan baik sebab I'm very fussy (cerewet) dan benci kena fikir last minute sebab boleh jadi marah.

"Abil sanggup habiskan duit untuk pastikan Abil selesa dengan apa yang Abil mahukan.

Tak kiralah kerja apa pun Abil mesti bagi sepenuh hati, jiwa, duit dan komitmen sebab ini karier Abil.

NABILA HUDA

PELAKON

"Dari baju shooting sampailah apa saja Abil akan habiskan selalunya 70 peratus daripada gaji Abil. Gila kan? Tapi itulah kebenaran mengenai Abil, ” ujarnya.

Anak kepada penyanyi rock Amy Search itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Nabila menjadi juri tetap program itu bersama selebriti lain iaitu Datuk Aznil Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Ella, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.



Nabila sentiasa mahu memberi yang terbaik dalam setiap tugasan yang diterima.

Program The Masked Singer Malaysia akan bermula pada 19 September ini di Astro Warna.

Dalam pada itu, Nabila berkata, kesanggupannya berbelanja besar itu disebabkan minat yang mendalam terhadap kerjayannya sebagai anak seni.

"Tak kiralah kerja apa pun Abil mesti bagi sepenuh hati, jiwa, duit dan komitmen sebab ini karier Abil. I chose this and I really love my job so much, " ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain