suria

Zara Zya harap peminat hanya sokong kerjaya, tidak atur kehidupan peribadi - “Selebriti juga manusia biasa, sedikit-sebanyak tertekan”

Zara mendedahkan ramai peminat kecewa dia sudah ada kekasih.

TINDAKAN berani Zara Zya berkongsi mengenai dirinya sudah mempunyai teman lelaki mengundang rasa kecewa segelintir peminat yang inginkan aktres itu bercinta dengan orang lain.

Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 35, peminat sepatutnya menyayangi dan menyokong karier seni bukan mengatur perjalanan hidup artis kesayangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya dah jumpa pengganti, Jihan kata abang uniform! - “Doakan baik-baik...gementar tapi bahagia”

Bukan tidak mahu menerima kecaman atau kritikan, namun bagi Zara, seorang selebriti itu juga adalah manusia yang sedikit sebanyak perkara itu memberi tekanan kepadanya.



Zara sebelum ini mendedahkan dia sudah mempunyai kekasih.

"Bila saya ambil langkah sangat berani untuk memuat naik kenyataan buat kali pertama di IG mengenai kekasih saya, ramai yang luah rasa kecewa sebab mereka mengharapkan sebaliknya.

"Ada segelintir mereka ini yang ingin menentukan jalan hidup saya. Kalau nak sayang, sayang saya sahaja.

"Sayang saya tanpa perlu mengaturkan hidup saya macam mana. Jangan la sampai pasangan pun korang nak tentukan. Sedikit sebanyak beri tekanan kepada saya. Bukan tertekan sampai tak boleh buat apa.

"Tapi ia ada juga menganggu saya. Selebriti juga manusia biasa," kata Zara kepada mStar.



Zara berharap peminat tidak mengaturkan perjalanan hidupnya.

Pelakon drama Korban Kasih itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika siaran langsung Instagram (IG Live) bersama mStar pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada 12 April lalu, Zara mengakui dirinya sedang bahagia bersama insan tersayang apabila menulis kapsyen romantik di Instagram.

Zara bagaimanapun memberitahu, terlalu awal untuknya mendedahkan identiti lelaki tersebut kerana mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Sebelum ini, Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober tahun lalu namun hubungan itu hanya bertahan selama tiga bulan saja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zara Zya, Hafreez Adam,

Artikel Lain