suria

Fazley Yaakob perbetul salah faham, Farit Ismeth Emir bukan bapa kandung isteri - “Ayah Azrene masih hidup dan sihat”

Fazley Yaakob menjelaskan salah faham netizen mengenai pemergian penyampai berita RTM.

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan netizen apabila mereka menyangka Allahyarham Farit Ismeth Emir adalah bapa kepada isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Menurut Fazley, bapa mentuanya iaitu Abdul Aziz Nong Chik yang menjadi walinya ketika mereka bernikah kira-kira 14 tahun lalu masih berada dalam keadaan sihat.

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Farit Ismeth Amir. Doa kami agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! 30 hari terpisah... akhirnya Fazley Yaakob dapat peluk cium anak-anak - “Kaki saya longlai, air mata mengalir tanpa henti”

"Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takziah buat saya dan isteri saya Azrene kerana menyangkakan bahawa arwah adalah ayah kandung beliau.

"Terlalu banyak ucapan takziah yang hadir di dalam Whatsapp kami sekeluarga. Sebetulnya ayah kandung Azrene masih lagi hidup dan sihat, dan namanya ialah Abdul Aziz Nong Chik. Yakni, wali yang menikahkan saya dan Azrene 14 tahun yang lalu," katanya menerusi laman Instagram.

Fazley jelaskan situasi sebenar di Instagram.

Sementara itu, Fazley berkata dia terpaksa menjelaskan mengenai perkara ini kerana bimbang wujud kekeliruan orang ramai.

Dalam masa sama, dia turut mengucapkan takziah kepada anak Allahyarham yang juga penyanyi dan komposer terkenal iaitu DJ Fuzz.

"Saya mohon maaf buat keluarga arwah sekiranya post ini mengganggu emosi kalian semua. 

"Niat saya hanya ini memperbetulkan kekeliruan yang berlaku Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya. Buat sahabat saya DJ Fuzz moga tabah menghadapi dugaan ini," ujarnya.

DJ Fuzz merupakan anak sulung Allahyarham.

Pada Isnin, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Pengurus kepada DJ Fuzz iaitu Mia ketika dihubungi mStar turut mengesahkan bapa penyanyi rap itu mengembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11 pagi.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.

Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan segmen berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.

Fazley Yaakob, Farit Ismeth Emir

Artikel Lain