suria

Luqman Hafidz kini suami orang, nikah secara tertutup kerana Covid-19

Luqman Hafidz selamat berkahwin dengan pilihan hatinya secara tertutup.

PELAKON Luqman Hafidz selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya, Nurul Atiqah pada Jumaat.

Menurut Luqman atau nama sebenar Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 29, majlis pernikahannya itu diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak sahaja.

Ini berikutan arahan daripada kerajaan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan orang ramai berhimpun dalam sesebuah majlis atau acara.

ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Hafidz bimbang terpalit kontroversi memalukan

“Assalamualaikum, saya baru sahaja menamatkan zaman bujang saya bersama pasangan saya Nurul Atiqah.

“Majlis persendirian ini di hadiri wakil keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan, selaras dengan peraturan yg ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha mencegah Covid-19.

Luqman berkongsi berita gembira di Instagram.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai,” katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, pelakon filem Ola Bola ini memberitahu majlis resepsi mereka akan diadakan selepas isu penularan wabak Covid-19 selesai.

Dia turut berterima kasih kepada peminat dan rakan-rakan yang mendoakan perkahwinannya itu.

“InsyaAllah majlis persandingan kami akan dilakukan sesudah selesainya kemelut Covid-19 ini. 

“Terima kasih yang mendoakan, dan semoga anda semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin,” ujarnya.

Luqman Hafidz

Artikel Lain